Main Game Retro dengan RetroArch

Dulu² waktu zaman kanak² teringat minta duit dekat arwah mama sebab nak pergi main game RM 2.00/sejam dekat Lee Computer. Memang seronok zaman tu. Ada time kalau teman Mama pergi buat rambut mesti kita minta syarat, ok kasi 2 Ringgit sebab nak pergi main Nintendo Famicom dekat kedai Lee Computers tu. Kedai rambut dekat atas dia dekat bawah. Korang tahu la kalau perempuan buat rambut berapa lama dia punya proses.

Lee Computers ni kira famousla untuk budak² Taman Sri Gombak dulu. Saya kira antara tahun 1986 dan 1990, waktu saya di dalam darjah 3 mungkin. Memang penuh kedai ni all the time. Bijak sungguh Uncle Lee meniaga, benda seronok, RM 2.00 sejam, game ada macam dari Super Mario Bros, Super Mario Bros 3, Battle City, Bomberman, banyakla Game Library dia. Nak main kena tulis nama, register, masuk jam berapa, bayar 2 Ringgit. Korang bayangkan collection dia sehari macam mana. Rasa ada dlm 15 Station macam tu.

Kedai buka Jam 9.00 pagi dan tutup pada Jam 6.00 petang (zaman tu 6.00 petang dah kira lewat dah). Sejam 2 Ringgit ada 15 Station pula tu. Memang setiap masa tak pernah tak ada station yang kosong. Jom tengok berapa Uncle Lee buat duit:

9.00 AM - 6.00 PM = ada 9 jam
Sejam 2 Ringgit = 9 jam x 2.00 = 18 Ringgit
Ada 15 Station, makna kata 9 jam x RM 2.00 x 15 Station = RM 270.00

Senang² je Uncle Lee buat duit RM 270 sehari macam tu. Korang bayangkan la berapa collection dia setahun. Bijak sungguh. Iyalah zaman tu, bukan semua mampu beli Nintendo Famicom, introductory price dia zaman tu (tahun 1985) USD 179 (dalam Tahun 2021 adalah dalam USD 442.78 – RM 1,855.00 jugakla) itu kalau ikut harga USA. Tak mampu beli, sewa main je la time tu. Tu yang dari kecik berazam nak dapat kerja best² agar dapat beli mainan macam ni.

Layan sampai lebam. Ada masa tu, main game sampai mama jemput balik, rupanya dah habis dia punya setting rambut. Nostalgia sungguh, teringat arwah mama.

Mari mengimbau zaman silam dengan RetroArch

Source: https://www.libretro.com/

Bapa² atau rakan² yang mungkin mahu mengimbau nostalgia zaman kanak² dahulu boleh lah install RetroArch (cara sebut dia reh·trow·aach) dari sini. Google la Tutorial untuk pasang RetroArch ini pada komputer sendiri. Tak susah mana pon. Komputer pon tak perlu yang power², bergantung la apa yang korang nak emulate, kalau nak emulate PS One atau Nintendo 64, agak² la, itu kena la pakai GPU yang berkuasa tinggi. Setakat nak emulate Nintendo NES, Super NES atau Sega MegaDrive yang macam ni pon cukup:

OS: Microsoft Windows 7
Processor: Intel Pentium 4 and up (CPU with SSE2 instructions required)
Memory: 32 MB RAM
Graphics: Any compliant OpenGL 2.x or Direct3D11 GPU. For shaders to work properly, should support at least Shader Model 2.0.
DirectX: Version 11
Additional Notes: For OpenGL: Intel HD 2K/3K GPUs on Windows 10 will have to fall back to an OpenGL 1.1 driver.

Tapi saya percaya, zaman ni, maybe PC anda semua lagi power dari spec di atas. Kurang² RTX 2060, ram 16GB. Celah gigi korang je la ni.

Jangankan console macam Sega atau Nintendo, Dos Game pon boleh. Macam contoh:

Game Digger ni dari Windmill Software tahun 1983. Ini antara game kegemaran saya ketika di dalam Darjah 1. Seronot game ini. Sebelum ada RetroArch atau DosBox, kalau kita run game ni, mmg tak boleh main – laju gile.

Atau juga mungkin yang ini: Sonic 3 and Knuckles:

Game ini kira Legendary zaman saya sekolah menengah dahulu. Sonic 3 + Sonic & Knuckles. Ntah mana pergi Cartridge ni saya pon tak tahu. Maybe dalam kotak dekat rumah Seri Gombak kot.

Special game ni, kita kena pasang Cartridge Sonic 3 atas Cartridge Sonic and Knuckles, baru jadi Full Game Sonic the Hedgehog 3 & Knuckles.

Kira game ni hebat la pada zaman tu, SEGA buat Lock-On technology untuk combine 2 game kepada 1 game. Sonic the Hedgehog 3, 1 game dan Sonic & Knuckles, 1 game jadi Sonic the Hedgehog 3 & Knuckles, macam gambar dekat bawah ni.

Source: https://www.pngjoy.com/preview/x0c0p5p9e8a8a6_and-knuckles-sonic-3-knuckles-transparent-png/

Gitulah, suka saya mengenangkan zaman budak² dahulu. Tak apa yang perlu dirisaukan. Makan, tempat tidor dan duit belanja semua disediakan.

Tapi sekarang, kita dah jadi bapak, kita ada perbagai tanggungjawab untuk Keluarga, untuk Isteri, anak², bapa (ibu dah lama pergi), Opis, agama dan akhir sekali kepada masyarakat dan negara.

Oklah, nanti saya sambung lagi apa yang patut.

Bolehlah bapak² try RetroArch ni untuk menggamit kenangan di zaman lalu.

Yakuza: Like a Dragon (Nutritionist Exam)

Macam-macam ada dalam Game Yakuza Like a Dragon ni. Examination pon ada. Di bawah adalah senarai Exam² yang ada. Dari sukan sampai la Matematik, takde la susah mana Matematik tu, tapi kena la ada calculator kalau nak cepat.

So nampak bodoh je Ichiban ni, tapi dia punya intelect kira tinggi juga.

  • Sports Tier 2
  • Sports Tier 1
  • Underworld Studies
  • Isezaki Ijincho Proficiency
  • Animal Science
  • SEGA Proficiency Tier 2
  • SEGA Proficiency Tier 1
  • Mathematics Tier 2
  • Mathematics Tier 1
  • Fashionista
  • Music Proficiency Tier 2
  • Music Proficiency Tier 1
  • Pharmacology
  • Nutritionist
  • Hazardous Materials
  • Flag Master
  • World History
  • Trivia King Tier 2
  • Trivia King Tier 1
  • Trivia King Special Tier
  • Ounabara Proficiency

Jika pass Exam untuk Nutritionist ni boleh tambah Charisma: 50 dan Kindness: 50.

Yakuza: Like a Dragon (Poundmate – Gary Buster Homecoming)

Dalam siri game Yakuza: Like a Dragon, Gary “Buster” Holmes adalah Poundmate anda yang pertama.

Poundmate – Gary Buster Homecoming

Kita akan unlock Gary di dalam “Substory 4: A Trip to Pound Town”. Ini memang akan terjadi secara automatik. Tidak memerlukan sebarang pre-requisite.

Secara amnya, Gary “Buster” Holmes adalah wadah pengenalan kepada pemain tentang Poundmate di dalam siri ini.

Sekiranya anda adalah peminat siri Yakuza, Gary ini memang recurring character semenjak dari siri Pertama Yakuza lagi.

Game ini memang kelakar. Takde yang serious.

Yakuza: Like a Dragon (Poundmate – Gary Buster Homecoming)

Yakuza: Like a Dragon (Poundmate – Plague of Pincers)

Poundmate – Plague of Pincers

So, ini adalah salah satu game di dalam Xbox Game Pass Library, Yakuza: Like a Dragon dari series Yakuza. Di bawah adalah antara game yang bertemakan Yakuza. Nampak Gangster tapi ada elemen Loyalty dan Heroism di dalamnya:

  • Yakuza 4 Remastered
  • Yakuza 3 Remastered
  • The Yakuza Remastered Collection
  • Yakuza 5 Remastered
  • Yakuza 6: The Song of Life
  • Yakuza Kiwami 2
  • Yakuza Kiwami
  • Yakuza 0

Game ni tak tahu nak kata serious atau kelakar sebab dia kelakar, di tambah dengan Lawak Jepun yang mungkin hanya orang Jepun je faham. Tapi secara keseluruhannya, game ini kira best juga la.

Yakuza: Like a Dragon juga telah memperkenalkan mode baharu di dalam battle mode dia, iaitu, Turn-Based-Battle System, kira macam JRPG Jepun yang lain la. Umumnya, game² di dalam Siri Yakuza sebelum ini adalah Beat’em Up, macam Double Dragon Micro Genius dulu², Knee Kick.

Bakuma Ryuujin Kyaku (Demon Exploding Dragon God Kick) – Heh! Mesti Bapak² di luar sana masih terpikir macam mana nak perform move ini waktu dulu² kita main game ni.

Cara Dia: Tekan a+b dan kira atau kanan (bergantun pada arah pukulan) ketika sedang sujud, duduk atau berjongkok)

Source: AcidGlow – Flying Knee Montage Compilation – Double Dragon 2 NES

Nah, ini video Kasuga summon Udang Kara untuk membantu di dalam battle dia.

Yakuza: Like a Dragon (Poundmate – Plague of Pincers)

Skill Summon adalah salah satu dari ciri² utama di dalam kebanyakan JRPG macam Final Fantasy III dan ke atas. Tidak terkecuali, Game Yakuza: Like a Dragon ini. Cumanya, ianya dipanggil sebagai “Poundmate”, Kasuga call mereka guna SmartPhone.

Nanti jika berkesempatan saya share PoundMate yang lain pula.

Slime Rancher – Adventure Tamat

Tadi pagi dapat another achievement “The Adventure Continues!”.

The Adventure Continues! Worth 35 Points

Kelakar2 game ni. Kerja cari slime, jual plort selepas slime tu makan. Maybe plort tu adalah sejenis tinja sebab dia keluar selepas slime makan. Ada macam2 jenis slime seperti table dibawah

Source: https://slimerancher.fandom.com/wiki/Largo_Slimes

Game ini boleh hilangkan perasan amarah kalau tension. Bapa2 mungkin boleh cuba.

The Surge 2 – Habis Sudah

Hello Darkness My Old Friend Achievements : Worth 50 Points

Akhirnya, minggu lepas, berjaya habiskan game susah yg amat ini. Boss Last dia Archangel Eli, memang susah yang amat. Tapi boleh la pukul dia sampai mati jika elak sana, elak sini, deflect sesekali.

Marah punya pasal itu yang choose option untuk execute dia.

Photo Source: https://screenrant.com/surge-2-defeat-archangel-eli-tips-strategies/

Umum sedia maklum Game ini adalah Game dalam kategori “Souls Like Video Game”. Dalam erti kata lain game yang memang tak kasi can punya pada player.

Antara Game yang bergenre seperti ini adalah:

  • Bloodbourne
  • Sekiro: Shadow Die Twice
  • Nioh
  • Dead Cells
  • Hollow Knight dan macam2 lagi.

Boleh la bapak2 di sana cuba main game ini. Tapi ingat, jangan pula baling Joypad sebab angin satu badan.

Game ni memang cilaka.

Me Xbox 360 got pwned… 3 ROD

Throm-Ka

Apparently electrical appliances do have feelings. I tell you, they have soul too. Just a week after I bought new PS3, me Xbox 360 gone kaput. The well-known 3 Rings of Death had been unleashed on me. Yeay! Way to go Bill!!! Just another reason to hate Microsoft even more.

All this PS3 stuff was actually the outcome of an unholy alliance between me housemate and I. He bought new HDTV and I bought PS3. That was the deal, Xbox got pwned… that was not in the deal

  1. New 37″ Sharp HDTV AQUOS RM 3000
  2. New PS3 with 2 Games RM 1800
  3. Broken Xbox 360… priceless

It was manufactured in 2006 and died last week 2009. At least it served me well for 3 years. My sole form of escapism before WoW. Lucky to have bought PS3.