Main Game Retro dengan RetroArch

Dulu² waktu zaman kanak² teringat minta duit dekat arwah mama sebab nak pergi main game RM 2.00/sejam dekat Lee Computer. Memang seronok zaman tu. Ada time kalau teman Mama pergi buat rambut mesti kita minta syarat, ok kasi 2 Ringgit sebab nak pergi main Nintendo Famicom dekat kedai Lee Computers tu. Kedai rambut dekat atas dia dekat bawah. Korang tahu la kalau perempuan buat rambut berapa lama dia punya proses.

Lee Computers ni kira famousla untuk budak² Taman Sri Gombak dulu. Saya kira antara tahun 1986 dan 1990, waktu saya di dalam darjah 3 mungkin. Memang penuh kedai ni all the time. Bijak sungguh Uncle Lee meniaga, benda seronok, RM 2.00 sejam, game ada macam dari Super Mario Bros, Super Mario Bros 3, Battle City, Bomberman, banyakla Game Library dia. Nak main kena tulis nama, register, masuk jam berapa, bayar 2 Ringgit. Korang bayangkan collection dia sehari macam mana. Rasa ada dlm 15 Station macam tu.

Kedai buka Jam 9.00 pagi dan tutup pada Jam 6.00 petang (zaman tu 6.00 petang dah kira lewat dah). Sejam 2 Ringgit ada 15 Station pula tu. Memang setiap masa tak pernah tak ada station yang kosong. Jom tengok berapa Uncle Lee buat duit:

9.00 AM - 6.00 PM = ada 9 jam
Sejam 2 Ringgit = 9 jam x 2.00 = 18 Ringgit
Ada 15 Station, makna kata 9 jam x RM 2.00 x 15 Station = RM 270.00

Senang² je Uncle Lee buat duit RM 270 sehari macam tu. Korang bayangkan la berapa collection dia setahun. Bijak sungguh. Iyalah zaman tu, bukan semua mampu beli Nintendo Famicom, introductory price dia zaman tu (tahun 1985) USD 179 (dalam Tahun 2021 adalah dalam USD 442.78 – RM 1,855.00 jugakla) itu kalau ikut harga USA. Tak mampu beli, sewa main je la time tu. Tu yang dari kecik berazam nak dapat kerja best² agar dapat beli mainan macam ni.

Layan sampai lebam. Ada masa tu, main game sampai mama jemput balik, rupanya dah habis dia punya setting rambut. Nostalgia sungguh, teringat arwah mama.

Mari mengimbau zaman silam dengan RetroArch

Source: https://www.libretro.com/

Bapa² atau rakan² yang mungkin mahu mengimbau nostalgia zaman kanak² dahulu boleh lah install RetroArch (cara sebut dia reh·trow·aach) dari sini. Google la Tutorial untuk pasang RetroArch ini pada komputer sendiri. Tak susah mana pon. Komputer pon tak perlu yang power², bergantung la apa yang korang nak emulate, kalau nak emulate PS One atau Nintendo 64, agak² la, itu kena la pakai GPU yang berkuasa tinggi. Setakat nak emulate Nintendo NES, Super NES atau Sega MegaDrive yang macam ni pon cukup:

OS: Microsoft Windows 7
Processor: Intel Pentium 4 and up (CPU with SSE2 instructions required)
Memory: 32 MB RAM
Graphics: Any compliant OpenGL 2.x or Direct3D11 GPU. For shaders to work properly, should support at least Shader Model 2.0.
DirectX: Version 11
Additional Notes: For OpenGL: Intel HD 2K/3K GPUs on Windows 10 will have to fall back to an OpenGL 1.1 driver.

Tapi saya percaya, zaman ni, maybe PC anda semua lagi power dari spec di atas. Kurang² RTX 2060, ram 16GB. Celah gigi korang je la ni.

Jangankan console macam Sega atau Nintendo, Dos Game pon boleh. Macam contoh:

Game Digger ni dari Windmill Software tahun 1983. Ini antara game kegemaran saya ketika di dalam Darjah 1. Seronot game ini. Sebelum ada RetroArch atau DosBox, kalau kita run game ni, mmg tak boleh main – laju gile.

Atau juga mungkin yang ini: Sonic 3 and Knuckles:

Game ini kira Legendary zaman saya sekolah menengah dahulu. Sonic 3 + Sonic & Knuckles. Ntah mana pergi Cartridge ni saya pon tak tahu. Maybe dalam kotak dekat rumah Seri Gombak kot.

Special game ni, kita kena pasang Cartridge Sonic 3 atas Cartridge Sonic and Knuckles, baru jadi Full Game Sonic the Hedgehog 3 & Knuckles.

Kira game ni hebat la pada zaman tu, SEGA buat Lock-On technology untuk combine 2 game kepada 1 game. Sonic the Hedgehog 3, 1 game dan Sonic & Knuckles, 1 game jadi Sonic the Hedgehog 3 & Knuckles, macam gambar dekat bawah ni.

Source: https://www.pngjoy.com/preview/x0c0p5p9e8a8a6_and-knuckles-sonic-3-knuckles-transparent-png/

Gitulah, suka saya mengenangkan zaman budak² dahulu. Tak apa yang perlu dirisaukan. Makan, tempat tidor dan duit belanja semua disediakan.

Tapi sekarang, kita dah jadi bapak, kita ada perbagai tanggungjawab untuk Keluarga, untuk Isteri, anak², bapa (ibu dah lama pergi), Opis, agama dan akhir sekali kepada masyarakat dan negara.

Oklah, nanti saya sambung lagi apa yang patut.

Bolehlah bapak² try RetroArch ni untuk menggamit kenangan di zaman lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.