Crash Team Racing

Dulu², rasanya dalam tahun 1999, ada la dalam 22 tahun yang dulu, saya ada beli CTR: Crash Team Racing, sebuah game racing go-kart untuk PlayStation dari Naughty Dog.

Kiranya, game ni agak seronok untuk bermain bersama keluarga atau kawan².

CTR: Crash Team Racing, merupakan sebuah game racing guna Go-Kart. Game ini, memang seronok untuk permainan seisi keluarga.

Tapi, tahun 1999, game ni kalau multiplayer, split-screen la. Mana ada PSN, Xbox Live atau seumpanya zaman ni.

Crash Team Racing Nitro-Fueled

Source: https://www.crashbandicoot.com/crashteamracing/gallery

Selepas 20 tahun, game ini muncul kembali atau telah dikeluarkan dalam bentuk ReMastered untuk Nintendo Switch, PlayStation 4 dan Xbox One. Tak kisah lah platform apa pun, yang penting game ini memang seronok.

Lumba dengan Boss No 2, Papu Papu. Sayang sekali, Duration Recording Xbox Series X adalah 1 minit, melainkan kita ada External Hard Disk, baru boleh record lama sedikit.

Remastered Edition ni ada Multiplayer Mode, boleh la berlumba dengan orang lain. Tapi, lawan CPU dgn orang jauh beza dia. Ramai juga yang terer² di luar sana. Dari 10 game yang saya main, baru menang 2 kali sahaja, itu pun mungkin dia kasi can.

Game ini memang fun. Boleh la buat hilang stress dan berseronok bersama keluarga.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2021

Salam Sejahtera Bapak² dan Ibu² Semua

Semoga Hari ini merupakan hari yang baik dan sempurna untuk semua.

Esok adalah hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64, seperti yang termaktub di dalam perkara 160, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“Hari Merdeka” ertinya tiga puluh satu hari bulan Ogos, tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh;

Perkara 160 – Perlembagaan Persekutuan Malaysia

64 Tahun yang lalu, Bapa Kemerdekaan dan juga Perdana Menteri Malaysia yang Pertama Tunku Abdul Rahman telah memasyhurkan Kemerdekaan Malaysia di Stadium Negara pada 31 Ogos 1957 tepat pada Jam 9.30 pagi.

Upacara ini disaksikan lebih dari 20,000 orang. Tunku melaungkan “MERDEKA” sebanyak 7 kali dan sekaligus menandakan berakhirnya Pemerintahan British ke atas Tanah Melayu

Source: http://www.arkib.gov.my/web/guest/pengisytiharan-kemerdekaan-tanah-melayu

Laungan 7 Kali Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman

Pemasyhuran Kemerdekaan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Antara perkara yang dinyatakan dalam pemasyhuran ini adalah semua negeri Melayu termasuk Melaka dan Pulau Pinang akan kekal menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka serta berpegang kepada prinsip demokrasi.

Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan

Seperti kebanyakan negara yang lain seperti USA, Finland dan sebagainya, Malaysia, bumi yang sangat bertuah ini juga mempunyai Surat atau Watikah Pemasyhuran Kemerdekaan yang telah ditulis di dalam 2 versi, iaitu Bahasa Melayu di dalam Tulisan Jawi dan juga di dalam Bahasa Inggeris. Adapun fungsi surat ini adalah untuk memasyhurkan negara kita (pada ketika itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu), menjadi sebuah negara Merdeka lagi Berdaulat, setanding dengan negara² merdeka yang lain.

Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

Dokumen ini ditandatangani oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Secara amnya, pada Tanggal 31-Ogos-1957, maka lahirlah sebuah negara yang Bebas dan Merdeka, ditadbir dan diperintah oleh rakyatnya sendiri. Bebas daripadaa penjajahan kuasa asing yang telah beratapak di bumi ini semenjak dari kejatuhan empayar Melaka pada tahun 1511.

Moh kita lihat apa yang tertulis pada Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 ini:

Pemasyhuran Kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala perjanjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta’ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.

Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64.

Hades, Permainan Video yang Menarik

Untung sungguh menjadi ahli kelab Xbox Ultimate Game Pass, kerana beberapa bulan yang lalu dan yang akan mendatang, semua ahli kelab disajikan dengan beberapa Permainan Video yang menarik. Salah satunya adalah Hades. Sebuah Permainan Video dengan konsep Roguelike (tak tahu la apa namanya dalam Bahasa Melayu).

Roguelike ni jika Bapak² mahu tahu, ialah sejenis genre permainan video di mana player akan main dari mula sampai habis dengan 1 nyawa, sekali mati atau putus sudah nyawa, mula balik dari awal. Dia bukan seperti Mario atau Sonic yang masing² diberi 3-nyawa atau 3-percubaan. Tidak seperti Diablo, ada check-point dan save point.

Sungguhpun begitu, ada beberapa Currency seperti “Darkness” dan “Gemstones” tidak akan hilang jika player mati. Ok lah tu, restart level sahaja, tapi seksa juga nak main sampai habis.

Zagreus, anak Hades yang cuba lari dari Tartarus, watak utama iaitu kita, Gamer.

Boss Pertama – Megaera, The Fury (Susah Juga)

Game ini, boleh dikira sebagai agak challenging dan dikategorikan sebagai susah juga. Mobs memang tak kasi can, Healing agak limited, itupun kalau jumpa. Jika berjaya clearkan satu area, boleh la dapat +3 HP (Dengan Upgrade, jika tak, langsung tak ada).

Ini adalah video, saya berlawan dengan Boss Pertama Hades, Megaera. Menang, itupun hampir nak mati (tinggal 3 HP), kena praktis lagi untuk improve.

Saya rasala, muka dia ni ada iras² Julia Robert. Itu pada pandangan saya la, tak tahu la Bapak² bagaimana.

Ada 7 Bosses semuanya di dalam game ini, iaitu:

  • Megaera (Level: Tartarus)
  • Alecto (Level: Tartarus)
  • Tisiphone (Level: Tartarus)
  • Hydra (Level: Asphodel)
  • Theseus and Asterius (Level: Elysium – Ini ko lawan sekali 2, gila tension) dan akhir sekali,
  • Hades (derhaka dgn Ayah)

Boss Pertama – Fury Lagi Sorang, Tisiphone

Kiranya, Furies yang kita akan lawan, dia ikut progress kot, kadang² jumpa Megaera, kadang² Tisiphone dan jarang² Alecto. Ntah aku pun tak paham algorithm dia.

Usaha Tangga Kejayaan

Cuba punya cuba, akhirnya berjaya melarikan diri dari Tartarus. Tapi, game ni bertambah² susah untuk next run yang berikutnya.

Pokoknya, memang sudah berjaya lari dari Tartarus, tetapi kena ulang balik la. Clearkan benda² lain pula.

Gila Tensen.

Windows Keyboard Shortcut

Salam Sejahatera

Yang ini mungkin bapak² dan ibu² serta adik² semua sudah tahu. Tapi saja je seronok nak tulis pasal benda ni.

Ini adalah Windows Key yang ada di kebanyakan semua PC alaf baharu. Butang ini kiranya memang wajib untuk ada untuk semua pengguna Windows.

Kalau ikut yang empunya cerita, benda ini wujud semenjak dari tahun 1994 lagi di mana ketika itu, Microsoft memperkenalkan Microsoft Natural keyboard pada tahun tersebut.

Kiranya keyboard ni agak ergonomic la di zaman itu. Mungkin oleh kerana pada zaman itu, ramai pengguna PC yang selalu komplen sakit pergelangan tangan, maka tercipta la Keyboard ini.

Secara amnya, saya memang tak suka keyboard yang pelik² ini kerana tak kena dengan jiwa. Pada saya, keyboard mesti yang mekanikal dan mesti ada ketak-ketak ketika menaip. Baru la seronok dan gembira sewaktu menaip. Feedback itu penting.

By DeanW77 – Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=49643109
Logitech G610 Orion Blue Mechanical Gaming Keyboard

Windows Key + D vs Windows Key + M

Selama ini, saya hanya ambil maklum akan fungsi Windows Key + M ini untuk minimize semua windows yang ada di desktop. Kemudian terbaca pula satu post di facebook akan penggunaan Windows Key + D ini.

Menurutnya, fungsi Windows Key + D ini adalah untuk “Show Desktop” manakala Windows Key + M adalah untuk minimize semua Windows.

Namun Windows Key + M ini mungkin tidak berkesan kepada program² yang ignore akan arahan ini. Ini adalah kerana programmer boleh menulis code untuk program mereka ignore command WM_MINIMIZE.

Maka dengan ini bolehlah Bapak², Ibu² dan adik² semua cuba command ini untuk minimize semua windows sewaktu emergency, macam boss datang ke meja kerja ke, bini datang tengok screen ke atau apa² sahaja keperluan kecemasan, di mana adalah menjadi keperluan untuk menyorok Windows yang berkenaan.

Hyperspin Attraction – Antara Arcade Games yang Anda Boleh Cuba

Salam MCO semua warga Netizen.

Saya mula menulis sebagai wadah untuk menjauhkan diri daripada perkara² yang tidak baik seperti kemurungan dan seterusnya stress yang melampau. Saya tidak terima saranan orang yang mana jika anda depress, itu sebab kamu jauh dari Tuhan. Senang sungguh berkata² tapi ketahuilah, bahawa orang yang stress itu lagi dekat dengan Tuhan. Itu penyakit emosi, dan memerlukan intervensi dari pelbagai pihak.

Oklah. Itu perkara lain yang tidak ada kena mengena dengan penulisan ini.

Main Game Free

Masihkan anda semua ingat dikala kita melawat arcade di pusat membeli belah, kurang-kurang kita akan habis dalam RM10.00 – RM100.00. Bergantung kepada skill dan masa yang ada, jika gila mungkin lebih dari RM100.00.

Dengan Emulator ini, kita boleh main game sampai lebam. Selagi mana ada punca letrik dan masa, selama itulah anda boleh bermain. Boleh continue tanpa secara percuma, tak perlu token, tak perlu arcade prepaid card dan sebagainya.

Token Arcade ni selalunya paling murah RM 0.50 dan paling mahal ialah RM 2.00. Tengok la dimana korang main. Kalau genting mungkin 1 credit = RM 2.00. Sesetengah game arcade, kalau yang moden, mau kena bayar RM4.00 sekali main.

Kalau tempat yang moden² tu, dah tak pakai syilling token ni, maju sikit, pakai prepaid card. Tengak harga dia di sebalah RM1.00 = 1 Credit.

Game yang baru² mau 5 Credit satu kali jalan. Game lama, mungkin 2 Credit. Macam tu la harga dia lebih kurang. Ada SST lagi 6%.

Mau koyak poket kalau main game macam ni. Aku memang suka main game, dari kecik. Tak makan pon takpe janji boleh main game kalau zaman dulu. Zaman takde tanggungjawab. Carefree and Live Free.

Dah la COVID, mana ada can nak goyang kayuria (joystick). Semua Amusement Park tutup. Dobi pon tutup. Sana sini tutup, tapi case naik hari². So, inilah dia, a form of escapism untuk semua orang. Install Emulator, main game.

Nak main Xbox, anak² rebut nak main sama. Takpelah, kasi can la depa main. Nak main game dekat PC, kadang² bosan juga. Orang kata Xbox takdak game.. hehehhehe.

Antara Game yang Ada di Xbox Game Pass Ultimate di PC

Kalau ikut Game Library, ada lebih kurang 656 game yang saya ada. Itu Pun kadang² tak tau nak main game apa.

GOG kata saya ada 600 lebih Game

Oleh itu, saya memerlukan sesuatu yang simple dan seronok serta cepat. Tak perlu jalan cerita itu dan ini. Tak perlu buat quest itu dan ini. Game² yang macam tu, perlu masa yang panjang. Dan dikala waktu bekerja, tak boleh kita main game² seperti itu.

Masa rehat, 1 jam, WFH so boleh la guna Emulator untuk main game dalam 10 min – 20 min. Video di bawah adalah antara game² yang boleh kita main dengan Hyperspin Attraction.

Download, Extract dan run dari sini: https://www.arcadepunks.com/attract-mode-for-pc-newest-first/

Pakai la torrent, maksimumkan penggunaan Internet anda.

Download

  1. [12gb]-Hyperspin.Attraction-MotleyKru – [11 Gb]
  2. Hyperspin.Attraction.Update.v1-MotleyKru [6.61 Gb] dan
  3. Hyperspin.Attraction.Update.v2-MotleyKru [17 Gb]

Extract No: 1 dekat dlm PC. Kemudian Extract #2 atas #1 dan begitu juga extract #3 dekat #1. Overwrite je semua.

Pastu run “HyperSpin Attraction_64.exe”… dan enjoy.

Aaaa. lagi satu, jangan lupa untuk adakan bendalah di bawah ini. Ini penting. Apa barang main game pakai Keyboard.

Nak lagi gila, boleh pakai Joystick Terus. Ini legendary punya level.

Selamat Berhibur… Tapi jangan lupa tanggungjawab yang lain. Macam buang sampah ke, basuh pinggan ke, jemur kain dan macam² lagi kerja dirumah. Isteri yang Gembira bermakna masa main game yang panjang. Yeahaaaa.

Hyperspin Attraction – Pre-Konfigured Emulator

Hari ini, saya hendak berkongsi tentang satu Front-End untuk pelbagai jenis Arcade System, Hyperspin Attract Mode, dari MotleyKru.

Ada lebih kurang 529 title dari arcade board di bawah:

  • Arcade (MAME 0.228 set)
  • Sega Model 2
  • Sega Model 3
  • Sega Naomi
  • Sammy Atomiswave

Ini termasukklah Daytona USA, Daytona USA 2, Virtua Striker, Virtua Cop dan sebagainya.

Boleh dapatkan di sini jika mahu cuba – https://www.arcadepunks.com/attract-mode-for-pc/

Hyperspin Attraction Update 1 from The MotleyKru

Spek sistem saya adalah seperti berikut:

CPU: AMD Ryzen 5 3600
GPU: ROG Strix GeForce RTX™ 2060
RM: G.SKILL AEGIS Series 16GB DDR4
MOBO: MSI B450 TOMAHAWK MAX

Jika spek yang louya ni pon boleh Run Emulator ini, maka mungkin Bapak² di luar sana dengan Spek yang lebih hebat lagi boleh run program ini tanpa sebarang masalah.

Yakuza: Like a Dragon (Music Proficiency Exam) – Tier 1

Ini adalah salah satu exam yang ada untuk improve character Kasuga Ichiban ini. Exam kali ini adalah mengenai musik.

Jika hendak menjawab soalan² ini dengan jayanya, kita harus pengetahuan yang luas di dalam bidang musik. Sesiapa pun yang suka membaca dan ambil tahu pasal musik pasti dapat menjawab soalan²nya.

Jika lulus maka boleh la improve Kindness: 50 dan Style: 50

PlayStation: Interactive CD Sampler Pack VOL. 3

Dulu² waktu 1st time beli PlayStation ni, sebagai hadiah lulus SPM Pangkat 1. Waktu tu game semua pirated. Tapi ada 1 CD yang original, black disk. Teruja juga waktu play disc ni 1st time.

Kira gempak la technology dia waktu itu. Iyalah, biasa main Sega MegaDrive je, itu pun balik² Sonic 3 and Knuckles. Habis semua area kita jelajah, baik dengan Sonic, Tails atau Knuckles. Sampai hafal la dekat mana Ring Gergasi tu dok ada.

Inilah dia Video dari Sampler Pack yang cukup gempak di kala itu.

Betol menggamit memori RetroArch ni.

Yakuza: Like a Dragon (Poundmate – Twin Dragon Crossfang)

Kali ini kita nak tunjuk lagi satu Poundmate di dalam siri Yakuza: Like a Dragon.

Dikenali sebagai Chau Ka Long, kepala Kumpulan Snake Flower Triad. Kalau korang main siri Yakuza yang dulu², maka ini antara geng² jahat la suatu masa dahulu.

Di dalam Yakuza: Like a Dragon, dia adalah seorang penjual senjata di pasaran gelap – takmo la cerita macam mana nak unlocked dia, tapi ini adalah password dia bila ditanya nanti: “Lau Chau Chau Ya”

 Poundmate – Twin Dragon Crossfang