Position has been confirmed

Syukur Alhamdulillah. Setelah berbulan-bulan bertungkus lumus menyiapkan apa yang patut, akhirnya telah membuahkan hasil apabila posisi sebagai Librarian di PETRONAS Petroleum Resource Centre telah disahkan oleh pihak berwajib. Maka dengan ini saya adalah Rakyat Kerajaan PETRONAS yang sah. Oleh itu, saya harus berusaha untuk mempertahankan kedudukan saya sebagai warga PETRONAS dengan bekerja dengan lebih iltizam lagi.

Mari kita lihat apa yang saya buat sepanjang waktu Probasi di PRC selama 6 bulan

The New PULSE
Seperti biasa, ini adalah benda pertama yang saya akan sentuh ditempat saya mula bekerja. Web Development dan Web Design adalah benda yang seronok dan cepat untuk dihasilkan. Ianya adalah benda yang dapat dilihat dan dibuktikan hanya dengan melayari laman tersebut. Kena pula dengan masanya, terdapat VIS (Visual Identification System) yang wajib diikuti, maka PULSE atau PETRONAS Ubiquitous Library Search Engine merupakan calon yang terbaik untuk dikerjakan. Rujuk sini : http://www.munmon.com/v3/2014/01/14/new-pulse/

Library Record Re-Index
Ini adalah proses automasi yang paling mencabar. Sebelum tahu selok belok Millennium ILS, memang sangat leceh. Ada Load tables, ada konsep overlay dan overlay protect. Tapi, syukur, kemampuan untuk memahami sesuatu dengan cepat adalah kurnianNya yang paling utama bisa membantu proses ini. Akhirnya kesemua BIB Record mempunyai location yang tepat dan para kataloger tidak lagi perlu memasukkan lokasi secara manual.

Upload Ebrary Records
Setelah berjaya memahami Load Tables dan Concept of Overlaying MARC records pada Millennium ILS, proses untuk update dan replace MARC record dapat dilakukan dengan jayanya. Terima Kasih diucapkan pada para pustakawan yang menyediakan maklumat ini di blog-blog mereka. Juga III kerana menyediakan manual yang mudah difahami. Dari sini, saya tahu cara-cara untuk replace, delete dan update MARC record menggunakan Data Exchange di Klien Millennium ILS.

Administer MyPRECISE Portal
Ini lagi satu benda pelik yang kena belajar. Dahulu kala saya menggunakan Drupal sebagai CMS, tetapi di PRC, kena guna Microsoft Sharepoint. Nasib baik mudah faham dan cepat belajar. Dibekalkan dengan pengalaman mengendali pelbagai jenis portal, belajar menggunakan Shareponint tidaklah begitu sukar. Natijahnya sama cuma caranya sahaja yang berbeza.

Begitulah beberapa perkara yang dilakukan sepanjang saya berada di peringkat dalam perhatian sebelum disahkan jawatan. Pokok pangkalnya, apa-apa sahaja yang diberi, hendaklah kita lakukan dengan terbaik. Di mana-mana pon kita berada, tugas yang diberi hendaklah dilakukan dengan penuh amanah dan penuh semangat. Itulah dia pesan ibu saya.

Mantera di NetFlix

Wahaha. Tengah browse apa cerita yang menarik untuk di tonton… Terjumpa plak cerita dari Malaysia di NetFlix. Sangat mengujakan… Tak pula jumpa cerita yang digembar-gembur sebagai bertaraf dunia itu… Maybe kena cari dengan teliti kot.

Update: Ahaha. Sudah jumpa, dia tak pakai nama Melayunya, tetapi dikenali sebagai : Clash of Empires.

Masyarakat… Dengarlah wahai semua

Acap kali dipesan2 kepada semua agar berpikir beribu2 lemon kali sekiranya mau kongsi apa2 sahaja cerita. Tidak semua yang dilaporkan oleh akhbar itu benar (especially kalau di Malaysia, ramai wartawan serupa sampah namun ada juga yang bernas. Cumanya sampah itu yang ramai daripada yang bernas. Secara umumnya, kewartawanan di Malaysia berada di ambang kemusnahan kerana sampah2 ini.

Kajian dan perincian hendaklah dibuat kerana apabila anda semua menekan butang share di Facebook atau mana2 media soSIAL, tahap kebijaksanaan anda diselubungi rasa sangsi yang amat hebat. Please do not let us challenge your level of ingenuity. Semua orang yang normal sepatutnya bisa berfikir sebelum bertindak. Jangan memalukan cikgu2 disekolah dan pensyarah2 serta parents anda dengan perbuatan yang keji seperti ini.

Di medan maya ini, kedapatan pelbagai jenis pengguna dari pelbgai sektor dan sudut. Ada yang Anti-Kerajaan, ada yang Pro-Kerajaan, ada juga yang suka makan Ong Choy sehingga ada lagu untuk Ong Choy. Ada yang macam Islamik dan ada juga yang membela bangsa. Tidak kiralah siapa pon anda atau dari jenis yang mana, berfikir sebelum menekan butang Share di Facebook amatlah penting. Bukan harus tapi ianya adalah wajib. Lebih-lebih lagi kepada orang Islam, selidik itu adalah Fardhu.

Begitulah adanya… kita sebagai umat Muhammad SAW seharusnya mencerminkan keperibadian yang suci lagi mulia. Bukan dengan share Fitnah, cerita tipu, surat berantai, dan macam2 lagi kebodohan manusia yang taraf dewa ini.

The New PULSE

This is the new Millennium Webpac Pro Interface for Petroleum Resource Centre. It seems like every workplace I have served, the very first thing I change is the Web Catalogue Interface. This is perhaps, the easiest and the most obvious task during initiation period.

I am so used with VTLS iPortal but this is something new. This is the Innovative Interfaces Inc. Millennium Webpac Pro, so much alien and very different. Alhamdulillah to be able to learn and understand its jargon and functions with limited timeline.

So… This is the new PETRONAS Ubiquitous Search Engine or PULSE.

Belajar menggunakan Millennium ILS

Bulan ini merupakan bulan ke-dua saya berkhidmat di Petroleum Resource Centre (PRC). Sebagai pekerja yang baharu, macam-macam benda harus dipelajari, dari budaya kerja sehinggalah benda-benda remeh seperti akronim dan sebagainya. Ini termasukkalah mempelajari menggunkan sistem library yang sedikit asing untuk saya iaitu Millennium ILS.

8 tahun saya menggunakan Virtua ILS dan saya amat senang dengannya. Dari create record, replace record dan produce report semuanya dah ada didalam kepala. Makna kata, dengan Virtua ILS, tidak lagi perlu melihat dan membaca manual. Mungkin ada juga merujuk manual untuk kepastian. Namun, itu semua sudah ditinggalkan, kerana sekarang bukan lagi Virtua ILS tetapi Millennium ILS.

Memang sangat asing Millennium ILS ini kepada saya. Dari client sehinggalah kepada sistem. Akses kepada server pun berbeza. Dahulu saya boleh pegang dan sentuh server, malah saya boleh masuk ke dalam bilik server. Tidak lagi sekarang. Di tempat baharu ini, library tidak menjaga server dan tidak mempunyai akses secara physical kepada server. Nampak pun tidak.

Sungguhpun begitu, mana-mana sistem perpustakaan adalah sama sahaja dari segi konsep dan matlamat. Cuma jalan kerja dan istilahnya sahaja yang berbeza. Yang menariknya, kebanyakan kerja-kerja menggunakan client. Penggunaan terminal atau cmd hanya terhad kepada kerja-kerja Administration. Itupun jarang-jarang sekali berlaku.

Dah dekat 2 bulan saya belajar menggunakan Millennium ILS dan sekarang sudah tahu cara-cara add record secara batch, replace dan update record secara batch dan macam-macam lagi. Nasib baik ada pemahaman dengan sistem library. Kalau tidak, jangan kata 2 bulan, 2 tahun pun belum tentu boleh paham.

Itulah kita, hari-hari sentiasa kena belajar. Kerana setiap hari ada sahaja ilmu yang baharu. Walaupun dengan pengalaman 8 tahun… belum tentu cukup untuk mengetahui kesemuanya. Oleh itu, sentiasalah bersedia untuk belajar.

Last Day di Open University Malaysia

Hari ini adalah hari terakhir saya di Open University Malaysia sebagai seorang Senior Librarian di Unit Automasi (org kampung saya kata: System Librarian). Dalam tak sedar, rupanya tanggal 1 August 2012 saya telah dinaikkan pangkat dari seorang Librarian ke Senior Librarian. (kiranya macam S41 jadi S44. Ini Gomen pahamla). Kebetulan pula 1 August 2013 saya akan sertai Petronas sebagai Librarian juga di PETT, Tower 1, Level 4, PRC. Takde la tinggi-tinggi gunung Kinabalu, tapi ok la tuh. Ini kira ultimate punya tukar kerja.

Yea. Naik Pangkat di OUM telah memberi suntikan motivasi untuk memberikan yang terbaik lagi kepada OUM. Habis macam2 diperah untuk kemudahan Staff di Perpustakaan Digital OUM. Dalam erti kata lain, reward atau anugerah bisa memberikan seseorang semangat yang positif. Jom kita review apa yang telah saya buat di OUM sepanjang tahun sebagai Senior Librarian.

Post this book to my Learning Centre
Satu Pinjaman Antara Perpustakaan automatik bagi pelajar yang jauh. Fungsi ini akan memudahkan permintaan untuk buku fizikal daripada pelajar-pelajar yang jauh (di luar Lembah Klang).

Library Enhance Catalog
Katalog perpustakaan yang berasaskan CMS Drupal yang bertindak sebagai penambahbaikan  kepada katalog klasik.

UniSearch Discovery Service
Merupakan egen pencarian yang berupaya untuk membuat pencarian kepada semua pangkalan data dan Katalog Perpustakaan secara serentak.

Library Ticketing System   
Satu sistem pengesanan aduan pelanggan. Menyediakan kemudahan pengesanan untuk setiap masalah yang dilaporkan.

Request for Article Link in UniSearch Discovery Service
Merupakan satu pautan yang hanya akan muncul apabila Full Text artikel tidak wujud atau akses kepada teks penuh adalah terhad. Pautan tersebut secara otomatik akan mengisi maklumat bahan dalam borang permohonan Pembekalan Dokumen. Jadi… ianya lebih mudah dan pantas.

DDS Delivery Service
Sistem ini dibina untuk menyimpan artikel-artikel yang pernah dipohon oleh pelajar sebelum ini untuk kegunaan masa hadapan.

Projek QR Code Perpustakaan Digital TSDAS
Projek QRCode berfungsi memberi kemudahan kepada pengguna perpustakaan untuk mengakses maklumat atau link yang diperlukan & seterusnya menyimpan link/QR-Code tersebut untuk kegunaan masa hadapan tanpa perlu menaip semula URL tersebut. Teknologi ini  menggalakkan penggunaan mobile devices kepada pengguna perpustakaan.

Cuma satu saja yang tak sempat dilaksanakan… iaitu migrate Library System Virtua VTLS ke Chamo VTLS. Tak apalah, kita kasi System Librarian yang baharu di OUM laksanakan yang itu. Pasti boleh punya.

Okeylah… Tepat jam 5.23PM saya, Ahmad Munawar MA telah berhenti dari Open University Malaysia untuk memberikan yang terbaik kepada Organisasi Impian saya semenjak di Perdana Leadership Foundation lagi, Petronas.

 

Terima Kasih OUM dan semua staff dan juga semua boss serta mantan boss