Media Sosial bukan Benteng Pertahanan dari Tindakan Polis

Salam Pagi dan Sejahtera

Hari ini tak boleh melelapkan mata kerana telah tidor lebih masa pada hari ini. Letih betol. Oleh kerana itu, saya pusing² di layar virtual ini membaca apa yang patut.

Social media vector created by pikisuperstar – www.freepik.com

Terbaca pula kisah seorang pemuda (Graduan UK katanya) ditahan polis kerana membuat ugutan bunuh dan rogol di media sosial (saya rasa mungkin di twitter). Mungkin ramai yang kurang periksa tentang ini, bahawasanya sungguhpun Agensi Media Sosial ini menjaga privasi dan rahsia para penggunanya, tapi ini tidak bermakna, mereka tidak boleh berkongsi maklumat pengguna di dalam perkara² keselamatan atau perkara² yang melibatkan jenayah.

Semua pengguna media sosial adalah tertakluk dengan perkara ini. Contoh seperti berikut (dari Twitter)

Private information requires a subpoena or court order

Non-public information about Twitter users will not be released to law enforcement except in response to appropriate legal process such as a subpoena, court order, other valid legal process, or in response to a valid emergency request, as described below.

https://help.twitter.com/en/rules-and-policies/twitter-law-enforcement-support#20
Request Secure Access to the Law Enforcement Online Request System

Saya percaya, semua media sosial ada terma dan syarat² seperti ini. Mungkin salah satu cara dari mengelakkan diri daripada dicekup pihak polis adalah dengan menggunakan ID Palsu dan VPN. Namun itu tidak menjanjikan selamat dari tindakan mana pihak berkuasa 100%. Ini adalah kerana, pasukan polis dan mana² agensi terbabit ada juga pakar² di dalam perkara IT ini. Mereka ada Jabatan Forensik Cyber la kawan.

Tindakan Graduan UK itu sebenarnya kurang bijak dan saya rasa dia mungkin kurang bijak. Muda² lagi dah ada rekod jenayah. Kan dah tak cantik resume kamu.

Membuat cabaran dan bertindak memperkecilkan pihak berkuasa merupakan salah satu kesilapan beliau. Untuk ini saya percaya, pihak polis akan mempunyai satu motivasi yang besar untuk menangkap budak ini. Boleh cuba tengok message dia di bawah:

Dia punya takabur, siap nak kasi jari tengah pada polis. Aku rasa, pada waktu dia kena cekup, punai dia pon dah kedalam. Mungkin terkucil barangkali.

Jangan Eksyen

There is a very thin line between confidence and arrogance.

Adam Peaty

Apabila kita membuat satu posting di media sosial, hendaklah sentiasa beringat bahawasanya, anda bertanggung-jawab ke atas setiap bait² yang ditulis. It is your responsibility. Orang putih kata, you Reap what you Sow.

Kita juga hendaklah beringat, apa-apa sahaja yang ditulis di media sosial adalah eternal. Satu kali post, maka selamanya akan ada. Benar, anda boleh padam dan deactivate account anda, tapi sebelum itu… Bak kata Russel Peters, stand-up comedian dari Canada: “Somebody’s going to get hurt real bad

Ada orang yang mungkin dah screenshot posting kamu dan viralkan dia, maka dalam erti kata lain, apa yang ditulis akan kekal selamanya unless, kamu adalah hacker dalam filem (ini mmg tak akan jadi) yang boleh memusnahkan segala jenis peranti di dalam dunia

Semoga Graduan dari UK ini dipermudahkan urusannya dan semoga ianya menjadi pengajaran pada semua untuk bertindak bijak dan berfikir sebelum membuat perkara-perkara yang bakal merugikan anda di kemudian hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.