Kereta, Patriotik dan orang bodoh

Sejahtera dan Salam

Adapun dengan harapan yang besar agar seluruh umat manusia berada di dalam keadaan yang sihat. Tidaklak saya kisah akan bangsa dan agama mereka. Semua mereka adalah sama di sisi tuhan. Baru-baru ini ada kisah tentang Kerajaan Perak yang dikatakan tidak patriotik kerana replace Perdana dengan Camry. Berikut adalah beberapa petikan.

“Saya anggap tindakan kerajaan negeri ini sebagai tidak patriotik dan melanggar arahan Kerajaan Pusat sebelum ini,” katanya.

Dan ada lagi yang sungguh dungu sehinggakan sanggup berkata begini

“Kerajaan Perak telah membelakangkan kemampuan kereta tempatan apabila memilih Toyota untuk menjalankan urusan rasmi kerajaan,”

Itulah dia beberapa petikan daripada mereka yang hanya tahu berkata. Saya pasti tidak seorangpun dari mereka itu menggunakan kereta Proton sebagai kerata utama mereka. Cet!!! Kenapa Kerajaan Perak pilih Camry, pasti ada sebab. Anda semua pasti tahu beza Camry dan Proton Perdana.

Dek kerana tukar Perdana kepada Camry dikatakannya tidak Patriotik. Makna kata, seluruh umat Malaysia yang tidak menggunakan Proton adalah tidak patriotik. Bodoh punya pemikiran. Kurang membaca punya orang.

Ini yang paling kelakar, seperti tidak sekolah

“Apabila pemimpin kerajaan menggunakan kenderaan buatan luar, ia juga mendorong rakyat untuk tidak menggunakan kenderaan buatan tempatan,”

Oi. Rakyat Malaysia guna kereta Proton hanya sebagai kerta pertama. Ianya murah (tak murah manapun) dan mudah (Senang jual beb). Tidak ada serorang pun dari kalangan kami guna  kereta Malaysia kerana mencontohi Pemimpin. Tun Mahathir sendiri tak guna Proton.

Badut-badut akhir tahun lah kamu dua orang

Malaysia boleh terima PM bukan Melayu??

Sejahtera dan Selamat Maju Jaya

Semoga anda sekalian berada di dalam keadaan yang gagah serta sihat. Adapun World of Warcraft : Wrath of the Lich King sudah berada di dalam pasaran. Copy saya masih berada di kedai Auntie Lollipop di Subang Parade (Mungkin Anda Kenal!!). Baru-baru ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, ada memberi ucaptama di Perdana Discourse Series di Perdana Leadership Foundation. Tema PDS pada kali ini adalah Bangsa Malaysia. Siri ini (yang ke-8) adalah salah satu daripada 10 siri yang dikelolakan oleh Perdana Leadership Foundation yang juga ditaja oleh Proton.

Suka saya berkata disini, apabila Tun Dr. Mahathir bercakap, ataupun memberi sepatah dua-kata, ramai orang yang akan teruja. Semua orang suka nak dengar apa dia nak cakap. Setiap kali siri ini diadakan, atau mana2 event yang melibatkan Tun Dr. Mahathir, sambutannya adalah amat menggalakkan. Sehinggakan ada orang yang menyangkakan Perdana Leadership Foundation adalah kubu kuat Tun Dr. Mahathir, ianya ada tidak benar sama sekali. Kaji2lah dahulu akan sebab penubuhan PLF dan fungsi utama PLF. Tidak ada satupun daripada misi dan visinya adalah untuk kepentingan orang tua itu.

Saya kalau ada orang salah anggap dengan PLF ini mmg saya tidak berapa nak suka. Itu adalah tempat bermulanya karier saya sebagai seorang Librarian. Jadi musti mau hormat. Tun Dr. Mahathir ada berkata di bahawasanya:

Sesiapa saja, baik Melayu atau bukan Melayu, boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia asalkan dia “Bangsa Malaysia”.

Itu adalah pendapat Yang berbahgia Tun. Tapi, tidak semestinya, saya akan bersetuju dengan pendapat Tun. Saya tidaklah seperti penyokong-penyokong beliau yang fanatik. Apa sahaja Tun kata, sokong!!! Tidak perlu pikir-pikir. Itulah dia Penyokong Fanatik beliau. Seperti tiada tulang belakang hendaknya. Haruslah kita berfikir dahulu sebelum menerimanya.

Saya memang tidak ada masalah untuk sesiapapun menjadi PM di Malaysia. Cina, India, Hindu, Buddha, Chrisitan, Muslim, Jawa, Melayu, Islam, Atheist, Banjar atau sesiapa pun. Asalkan yang adil dan saksama sahaja. Bukannya zalim dan thagut.

Namun, suka saya tekankan disini, kebanyakan orang-orang UMNO dan orang-orang Melayu masih belum bisa menerima PM yang bukan melayu. Ini kita dapat lihat dengan perlantikkan Pengurus Besar PKNS. Berduyuh-duyun bantahan daripada masyarakat MELAYU dengan appointment itu. Heboh diperkatakan Tan Sri Khalid khianat kepada orang-orang Melayu (Celah Mana!!). Inilah yang dipanggil Serkap Jarang. Yang menuduh orang di atas sana, yang BODOH mengikut adalah mereka yang dungu. Siapa yang Khianat sebenarnya? I don’t know you tell me!!! Meh! Itu baru PKNS, belum yang di atas lagi.

Kalau macam ini keadaanya, bila pula Malaysia sudah bersedia menerima PM Bukan Melayu?? Okey. Pikir-pikirkan lah!!

Tun Dr. Mahathir menyokong anugerah Datuk ke SRK

Salam Sejahtera,

Tun Dr. Mahathir menyokong penganugerahan Datuk kepada Yang Berbahagia Datuk Shah Rukh Khan (DSRK). Perkara ini bisa dilihat di blognya. Pandangan beliau saya hormati setelah meneliti argumen2 Yang Berbahgia Tun. Antara sebab Tun Dr. Mahathir menyokong akan penganugerahan itu adalah:

  1. DSRK telah banyak membantu mempromosikan Malaysia di serata dunia. Filem2 DSRK banyak berlatarbelakngkan Malaysia. Sekaligus memperkenalkan Malaysia di serata dunia terutamanya Eropah.
  2. Oleh kerana filem lakonan DSRK mempunyai banyak lokasi di Malaysia, perkara ini telah memaksa Agensi Perfileman Hindi (Bollywood) membelanjakan wang yang banyak. Dalam erti kata lain, dari segi ekonomi perkara ini telah membantu aliran wang keluar masuk. Ini adalah bagus untuk pertumbuhan ekonomi.
  3. DSRK juga banyak melakukan pertunjukan percuma untuk membantu badan2 amal (samada badan-badan amal dari Malaysia atau luar negara tidaklah saya ketahui)
  4. Akhir sekali, DSRK telah berjaya membawa lebih banyak pengarah2 Bollywood ke Malaysia sebagai lokasi perfileman mereka.

Itu adalah pandangan Yang Berbahgia Tun Dr. Mahathir. Argumen2nya jelas kelihatan. Sekurang-kurangnya Tun mempunyai argumennya. Yang tidak menyokong juga mempunyai argumen2nya. Namun yang saya kesalkan adalah tukang2 komen di blognya. Di situ kita dapat lihat beberapa Rakyat Malaysia (bukan satu atau dua, namun ramai) yang menyokong tanpa usul dan periksa. Oleh kerana terlalu taksub akan Kehebatan Tun, maka terus dulunya tidak menyokong, terus menyokong anugerah tersebut. (Silalah lihat kalau tak percaya). Kelakar bukan? Itu adalah satu antara beribu. Ini lagi ada lagi satu

am i d 1st?? hehe..
yup.. Tun betul.. tiada apa yg perlu dipertikaikan.. walaupun pada mulanya saya anggap i sedikit pelik n lucu.. but come to think of it.. bukannya pelik pun.. biarla org nk bg.. mmg byk lagi bintang kehormat yang akan diberi tiap2 tahun kepada mereka yg layak menerimanya.. macam esok hari (hari keputeraan tuanku Sultan Pahang)..
ok Tun.. semoga dipanjangkan umur n disihatkan tubuh badan..
take care… daaaa.. 😉

Begitulah cara rakyat Malaysia berfikir. Hanya kerana Tun Dr. Mahathir adalah orang yang mereka kagumi, jika Tun kata A, maka A lah untuk mereka. Saya khuatir sekiranya ini adalah caranya, maka tidak perlulah kita semua mempunyai daya pemikiran yang hebat serta perkasa. Kita hanya memerlukan seorang yang hebat sahaja, yang lain2 tidak perlu menjadi hebat. Pak Turut bak kata Tok dan Nenek saya.

Namun ada juga yang tidak bersetuju dengan pandangan Tun. Sungguhpun begitu, saya masih berasa kelakar dengan beberapa Mahkluk Tuhan yang terus menyokong kerana Tun menyokong. Itulah dia beberapa Rakyat Malaysia yang tidak mempunyai Tulang Belakang. Atau mungkin patut saya label mereka Penyokong Fanatik Tun Dr. Mahathir.

Saya sendiri adalah penyokong kuat Tun. Namun saya juga mempunyai pandangan sendiri. Saya memang tidak bersetuju akan anugerah itu. Namun masing2 punya pandangan sendiri. Tidak semestinya saya atau Tun yang betol. Itu suka hati kitorangla. Yang nak sokong secara membabi buta itu kenapa?

Silalah belajar untuk jadi Manusia yang Boleh Berfikir?

Salam Sejahtera.

Real values of Datuk

Good Morning and Salam Sejahtera

Shah Rukh Khan has been conferred Datuk my Malacca State Government (looking at Rustam). Now, all of us must address SRK as Yang Berhormat or whatsoever (I couldn’t care less about honouring these people). Only those who really deserve such a title I adhere to. Datuk for SRK? Please… Who is he to receive such a title. Let me quote the saying of Malaysia’s Former Prime Minister, he once said “Personally, I feel if you want to give value to anything, it must be limited…if you produce a million Ferrari cars, nobody will care about buying a Ferrari.

This is what the Sir Rustam said:

  1. He has also starred in many top Hindi movies filmed on location in Malaysia, which has helped promote the country as a tourist destination.
  2. This is one of the main reasons he was conferred this honour.
  3. This resulted in many people visiting Malacca. The award was given in recognition of this.

Plain and Simple. A brilliant explanation by Sir Rustam. But hey Sir Rustam, The Mobs (ain’t Gangster as translated by ASTRO in Gladiators, bodoh punya ASTRO) have spoken. Most of them do not agree with you. Awarding Datuk to an outsider is not a brilliant move. Why don’t you award Datuk to Shivaji Rao (The Great Super Star Rajinikanth, this one I love and will always love) too? I do believe, well most Malaysians would prefer Rajinikanth then SRK.

In term of popular support, Rajinikanth is much better than SRK. Come one, all Hindi movies are total lies. Not even one touches the real issues of men. Tamil movies, ridiculous they are, at least disclose and display some real issues.

As if there is no qualified Malaysian actors, actresses, singers, songwriters and artists. Well, it seems the Great Uncle Lim agrees with me. This is what he said, “Are there no Malaysian film stars, artists or sports-people who have greater (talent) to be honoured and encouraged as compared to Shah Rukh?

What is happening to my country? Where is the real value of Malaysia’s Knighthood now? This is a mockery to Malaysia’s Knighthood holders. All Datuk should bear the name proudly. With the admission of SRK, lol. Will the rest of the Datuks feel happy. I don’t know you tell me!!!

What a circus!!!

Kalau saya berasa tidak selamat

Sejahtera Semua,

Baru-baru ini kecoh dengan kisah orang kena tahan atas nama ISA. Yang baut lagi kecoh adalah sebab penahanan tersebut. Mereka ditahan kerana untuk menjaga keselamatan mereka, yang kononnya terancam. Haha. Makna kata sekiranya sesiapa yang rasa dirinya terancam bulehle minta perlindungan di bawah ISA. 2 tahun beb makan free dan tempat tinggal free.

Dan di sebalik kisah penahanan orang-orang itu itu atas nama ISA, ada dua kumpulan Islam yang menyokong tindakan kerajaan itu. PPIM dan Pewaris menyokong tindakan itu kerana berpendapat ianya wajar kerana mencerca agama Islam dari segi Azan. Mereka menuduh si Theresa Kok minta perlahankan suara Azan. Apa ini? gila apa, yang dikecohkan ialah penggunaan pembesar suara sewaktu kuliah subuh dan maghrib. Tak pula disebutkan tentang Azan. Inilah yang dikatakan semberono. Bodoh punya pertubuhan.

Kalau berbicara tanpa ilmu agama itulah yang akan jadi. Kalau berbicara tanpa usul periksa tentang alkisahnya, maka topik juga akan lari. Mari kita lihat apa Mufti Perlis kata (Mufti! bukan saya!!!)

Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.

“Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

“Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja,” jelasnya.

Jelas kelihatan, azan memang tidak boleh dipersoalkan. Perkara tentang Azan ini sudah dimaklumkan bahawa tiada penentangan atau rungutan mengenainya daripada penduduk Kinrara Seksyen 5. Apa yang mereka minta adalah memperlahankan sedikit Volume Pembesar Suara sewaktu Majlis Kuliah.

Cuba kalau kita minta Kuil Hindu jangan bunyi loceng, pastila mereka marah. Seperti itu juga sensitiviti orang-orang bukan Islam disana. Yang diminta lain, yang jadi cerita panas lain. Mereka semua maklum kalau meminta untuk memperlahankan Azan maka jawabnya adalah “Yuck Fou!!”. Mereka tidak kisah pun tentang Azan 5 minit itu.

Inilah yang dikatakan mempolitikkan sesuatu untuk mencari sokongan. Namun ianya tidak menjadi. Kerana, rakyat Malaysia sudah pandai mengira. Dahulu kala mungkin ABC pun tak tahu. Namun sekarang, jangan kata ABC, Twinkle2 Little Star pun kitorang tahu apa!!

Pikirlah Sendiri, korang nak dengar kata Mufti Perlis atau Orang Bodoh

Chinese are Immigrants???

Greetings and Salam Sejahtera

This is my 2nd day of Puasa (Fasting). Over the years, this would be my last year as orang bujang. :). Must get married before 30. Okay on with the post.

I read a blog which says :

Bukit Bendera UMNO Chief : Sir Ahmad Ismail had called the Chinese as Immigrants. Being immigrants, it was impossible to have equal rights with the Bumiputras.

Eh! No! Not the bumiputras, the Malays. Hmmm. I have never seen the Ibans, Badayuh and Melanau scream to defend their birthrights. Only the Malays would stand and hoist Kris and scream while defending the Special Rights. What special rights? I do not know!

Such is the stupidity of a Datuk. Knowingly the current political situations, one bad move will result into great political disaster. How could you call those Chinese Immigrants. It was their forefathers, grandfathers and grandmothers who were immigrants. They were born before this Land was given a name. Those who are born in Malaysia, after Merdeka are no more immigrants. Malaysians they are. I don’t think the Chinese are racist towards us. It is us who is being racist.

People are getting smarter, Orang Kampung have access to Internet as well. They are smart now. And they speak with facts.

Continue being racist or work together for the greater good?

Choose your destiny!!!