Tun Dr. Mahathir menyokong anugerah Datuk ke SRK

Salam Sejahtera,

Tun Dr. Mahathir menyokong penganugerahan Datuk kepada Yang Berbahagia Datuk Shah Rukh Khan (DSRK). Perkara ini bisa dilihat di blognya. Pandangan beliau saya hormati setelah meneliti argumen2 Yang Berbahgia Tun. Antara sebab Tun Dr. Mahathir menyokong akan penganugerahan itu adalah:

  1. DSRK telah banyak membantu mempromosikan Malaysia di serata dunia. Filem2 DSRK banyak berlatarbelakngkan Malaysia. Sekaligus memperkenalkan Malaysia di serata dunia terutamanya Eropah.
  2. Oleh kerana filem lakonan DSRK mempunyai banyak lokasi di Malaysia, perkara ini telah memaksa Agensi Perfileman Hindi (Bollywood) membelanjakan wang yang banyak. Dalam erti kata lain, dari segi ekonomi perkara ini telah membantu aliran wang keluar masuk. Ini adalah bagus untuk pertumbuhan ekonomi.
  3. DSRK juga banyak melakukan pertunjukan percuma untuk membantu badan2 amal (samada badan-badan amal dari Malaysia atau luar negara tidaklah saya ketahui)
  4. Akhir sekali, DSRK telah berjaya membawa lebih banyak pengarah2 Bollywood ke Malaysia sebagai lokasi perfileman mereka.

Itu adalah pandangan Yang Berbahgia Tun Dr. Mahathir. Argumen2nya jelas kelihatan. Sekurang-kurangnya Tun mempunyai argumennya. Yang tidak menyokong juga mempunyai argumen2nya. Namun yang saya kesalkan adalah tukang2 komen di blognya. Di situ kita dapat lihat beberapa Rakyat Malaysia (bukan satu atau dua, namun ramai) yang menyokong tanpa usul dan periksa. Oleh kerana terlalu taksub akan Kehebatan Tun, maka terus dulunya tidak menyokong, terus menyokong anugerah tersebut. (Silalah lihat kalau tak percaya). Kelakar bukan? Itu adalah satu antara beribu. Ini lagi ada lagi satu

am i d 1st?? hehe..
yup.. Tun betul.. tiada apa yg perlu dipertikaikan.. walaupun pada mulanya saya anggap i sedikit pelik n lucu.. but come to think of it.. bukannya pelik pun.. biarla org nk bg.. mmg byk lagi bintang kehormat yang akan diberi tiap2 tahun kepada mereka yg layak menerimanya.. macam esok hari (hari keputeraan tuanku Sultan Pahang)..
ok Tun.. semoga dipanjangkan umur n disihatkan tubuh badan..
take care… daaaa.. 😉

Begitulah cara rakyat Malaysia berfikir. Hanya kerana Tun Dr. Mahathir adalah orang yang mereka kagumi, jika Tun kata A, maka A lah untuk mereka. Saya khuatir sekiranya ini adalah caranya, maka tidak perlulah kita semua mempunyai daya pemikiran yang hebat serta perkasa. Kita hanya memerlukan seorang yang hebat sahaja, yang lain2 tidak perlu menjadi hebat. Pak Turut bak kata Tok dan Nenek saya.

Namun ada juga yang tidak bersetuju dengan pandangan Tun. Sungguhpun begitu, saya masih berasa kelakar dengan beberapa Mahkluk Tuhan yang terus menyokong kerana Tun menyokong. Itulah dia beberapa Rakyat Malaysia yang tidak mempunyai Tulang Belakang. Atau mungkin patut saya label mereka Penyokong Fanatik Tun Dr. Mahathir.

Saya sendiri adalah penyokong kuat Tun. Namun saya juga mempunyai pandangan sendiri. Saya memang tidak bersetuju akan anugerah itu. Namun masing2 punya pandangan sendiri. Tidak semestinya saya atau Tun yang betol. Itu suka hati kitorangla. Yang nak sokong secara membabi buta itu kenapa?

Silalah belajar untuk jadi Manusia yang Boleh Berfikir?

Salam Sejahtera.

5 thoughts on “Tun Dr. Mahathir menyokong anugerah Datuk ke SRK

  1. jefrydin October 31, 2008 / 4:35 PM

    aku tak sokong la shah rukh tu dapat datuk…

  2. munmon October 29, 2008 / 8:10 PM

    Shaira : Erk! You got me wrong sister. I am against the award. But I do respect others’ opinion. The thing is, those guys in Che Det’s blog. Takde Pendirian punya worang mereka itu. haha

  3. Shaira October 26, 2008 / 6:27 PM

    Yes Mun I totally agree with you. DSRK deserves it, I wonder why other Malaysians being so kecoh about this issue. Aih…

  4. munmon October 26, 2008 / 4:34 PM

    Maria : Ko mmg bagus. Har Har. Betol. Hidup musti ada pendirian. Posting saya takde kena-menegena dgn Program: Tembak Tun Dr. Mahathir. Baca dahulu sebelum tuduh.

  5. maria October 24, 2008 / 4:30 PM

    hidup mesti ada pendirian!
    hehe, mcm bagus ke aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.