Buang ayah tepi jalan???

Salam

Sungguh lama saya tidak membaca berita-berita di suratkhabar kerana terlalu sibuk dengan tugas2 hakiki dan tugas2 yang tidak berapa nak hakiki. Di tambah pula dengan berita-berita hangat di Surat Khabar Elektronik dan Bercetak yang sering kali diulang-ulang, sehingga berita dimuka 2,3 dan seterusnya menjadi lapik sayur di peti sejuk. Enjin Hilang lah, Gereja kena bakarlah dan macam2 lagi yang membosankan.

Alkisah terdengarlah saya akan suatu berita tentang seorang anak yang telah membuang ayahnya sendiri dek kerana tiada tertahan dengan bebelan isterinya itu. Sedayusnya manusia itu kerana membuang ayahnya sendiri dan menurut telunjuk isteri. Tiada terfikirkah akan dia bahawa perbuatannya itu akan diulangi Tuhan oleh anaknya pula.

Namun demikian tiadalah wajar untuk kita menyalahkan si anak itu secara total. Mungkin si ayah ini pernah membuat silap atau mungkin berkahwin lebih dari satu. Dan adalah menjadi norma manusia biasa untuk menjadi alpa dan lalai dengan tanggungjawab apabila beristeri lebih dari satu. Mungkin si anak hanya mahu membalas dendam kerana kekurangan kasih dan sayang seorang bapa satu masa dahulu. Ini semua permainan dunia.

Sungguhpun begitu, seberapa jahat ayahnya itu, seberapa tak senonoh ayahnya itu… ayah adalah tetap seorang ayah dan wajar dihormati dan dikasihi. Saya quote kata2 Rasulluhlah SAW mengenai hal ini

Abi Bakrah radhiallahu ‘anh berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:

“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”

Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”

Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.

Hadis riwayat Imam alBukhari di dalam Sahihnya

Hadith ini jelas menyatakan bahawa derhaka kepada ibu dan bapa adalah termasuk di dalam dosa2 yang besar. Sesungguhnya, Pakcik yg malang tadi tidak seharusnya dibuang sedemikian rupa. Wajarlah dihantar ke rumah orang2 tua kalau benar tidak larat atau takut kepada bini. Dengan membiarkannya merayau tanpa hala tuju, sekiranya terjadi apa2 yang buruk, sesal pun tiada gunanya.

Akhir kata… kepada ayah2 dan anak2 dan pembaca2 semua. haruslah kita mengambil pengajaran daripada kisah ini. Setiap yang berlaku itu ada kisahnya di belakang. Tersurat kita nampak dan tersirat pandai2lah kita mengupasnya. Akal diberi, logik pun ada. Gunakan semua itu untuk timbang dan tara.

Pergilah bakar sampai jahanam… (reverse psy.)

Salam

Sesungguhnya merosakkan rumah2 ibadat orang2 kafir adalah haram dari segi agama dan salah dari segi undang2. Walau dengan niat yang baik sekalipun… haram adalah haram. So much to say… black is black and white can never be black. Sungguhpun tiadalah kita redha akan kemungkaran kafir2 itu, tidak halal untuk orang Islam membakar atau memusnahkan gereja, kuil atau apa jua bentuk bangunan untuk beribadat.

Allah berfirman di dalam surah Al-Hajj ayat 40 (pengertianya)…

“…Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah ibadat orang2 Yahudi dan masjid2 yang di dalamnya banyak di sebut Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya…

Adapun pengertian daripada ayat ini adalah larangan meroboh dan merosakkan binaan gereja dan biara2 mereka.

Tidak kiralah siapapun yang yang menjadi dalang di sebalik hal ini. Orang Islam atau Kafir atau pihak yang sengaja mahu mencari pasal. Membakar gereja atau rumah ibadat agama lain adalah perbuatan yang tidak bijak dan tidak membawa sebarang makna.

Adapun kiranya yang membakar itu orang Islam. Hendaklah dikau bertaubat kerana anda telah melanggar hukum Allah. Dan pohonlah keampunan daripadaNya dan serahlah diri kepada pihak2 berwajib. Dan kiranya yang membakar itu bukan dari golongan kita, pikirlah apa yang telah anda lakukan.

Seluruh dunia sedang melihat Malaysia. Seluruh dunia memerhatikan Malaysia. Fikirlah kesan2 yang akan mendatang. Akibat daripada perkara ini, golongan2 Al-Kafir bisa membangunkan propoganda-propoganda memburukkan Islam. Walau pembakaran ini dilakukan oleh beberapa orang-orang yang buduh lagi bahalol, banyak idea jahat boleh dibangunkan oleh mereka untuk terus memburukkan Imej Islam.

Siapakah dalang di dalam perkara ini? Kalau benar ia dilakukan oleh orang Islam akibat daripada semangat Islam dan cintakan agama. Segeralah bertaubat kerna perbuatan anda dilarang agama. Sesungguhnya, perkara pembakaran ini tidak memberi sebarang keuntungan kepada golongan Islam. Menyusahkan lagi ada.

Pikir2lah sebelum bertindak. Tidak kira Islam atau bukan, pembakaran gereja adalah perbuatan dayus.

Bakar lagi… Bakar sampai hangus.

Bodoh serta dungu. Tak sekolah atau memang tak pandai pikir. Mungkin juga tidak kenal diri sendiri. Patutlah kafir-kafir itu kata Islam adalah terror. Perkara yang tidak baik itulah akan dikenang orang sampai bila-bila. Perkara yang busuk itulah yang akan membayangi kita.

Tuhan larang kita runtuhkan rumah-rumah ibadat di kala perang, ini pula ketika aman dan damai. Yang jahat itu bukan Islam, Yang keji itu bukan Islam; Tetapi segelintir daripada penganutnya. Sungguhpun demikian, kerana nila setitik rusak susu sebelanga.

Cuba pikir perasaan kapir-kapir tersebut apabila rumah sembahyang mereka kena bakar. Cuba kita pula yang berada di tempat mereka. Dah tentu kita mengamuk. Perbuatan seperti ini langsung tidak membantu di dalam kemelut ini.

Surge Protector & Lightning Arrester

Salam

Ramai yang masih konpius tentang kedua benda ini. Puas saya terangkan kepada rakan saya tadi bahawa, kedua-dua Surge Protector & Lightning Arrester adalah berbeza daripada segi rupa dan kegunaannya. Adalah harus diingat bahawa Surge Protector tidak dapat menyelamatkan perkakasan electronic anda sekiranya berlaku renjatan elektrik disebabkan oleh kilat. Hanya Lighting Arrester bisa menyelamatkan perkakasan elektronik anda daripada renjatan elektrik yang disebabkan oleh kilat.

Oleh itu, kiranya ada yang pandai2 bilang Surge Protector digunakan untuk membantu menjaga komputer anda daripada kilat, sila ketuk kepala dia dan katakan padanya itu kerja Lightning Arrester!!!

Awang Says…

The level of one’s education may be determined by observing  one’s action and interaction. How one reacts will display his or her intellectuality. Ingenuity  is passed down from generation to generation. Eating unhealthy food will produce obscurity, hence the ability to comprehend simple idea will be impossible. A person with great mind will not use foul language. A person with great mind is able to distinguish humorous statement and an accusation.

The Next Best Thing : Iced Nescafe

Cara2 membuat Air Nescafe Es yang sedap dan menyegarkan. Bahan2 dan Perkakasan yang diperlukan adalah:

  • Sebuah Jag
  • 4 Camca Besar Nescafe
  • 6 Camca Besar Gula
  • 2 Cawan Susu Isian Sejat (Brand Carnation)
  • Es (Ais le)
  • Senduk
  • 10 Bahagian Air Sejuk
  • Secawan Air Panas

Masukkan Nescafe dan Gula ke dalam Jag dan tambahkan air panas. Kacau sehingga sebati. Kemudian tambahkan Susu Isian Sejat dan Kacau sehingga sebati. Langkah seterusnya, masukkan Es kedalam Jag. Seterusnya, kita tambahkan Air Sejuk tadi kedalam Jag. Sewaktu air sejuk itu dicurahkan kedalam Jag, hendaklah kita mengacau adunan tadi agar kesemuanya bercampur sengan sebati.

Selalunya, Es akan ditambah semasa langkah terakhir. Ini akan menyebabkan adunan tadi tidak bercampur dengan baik. Oleh itu, Nescafe kita tadi, tidaklah sesedap mana. Serupa dengan Nescafe Ais Mamak. Mahal dan tak sedap.

Sekiranya kita menambahkan Es sebelum kita mencampurkan Air Sejuk, ini akan menyebabkan kesemua bahan2 tadi bercampur dan larut dengan baik. Teksture Nescafe akan mengembang di kala kita mengacau adunan tadi semasa kita mencampurkan air sejuk.

Try it!!!

Oi Reza… Semalam bukan Air Nesafe 3-in-1 tau.

Road Clear : Hensem

Salam Sejahtera dan Selamat Maju Jaya

Setelah puas berguling-guling di atas katil dan berselubung kerana kesejukan pagi, maka tibalah hari yang paling malas untuk dihadapi oleh kebanyakan golongan pekerja. Saya pasti, terdapat ramai manusia seperti saya yang rasa sungguh malas untuk ke kerja pada hari ini. Namun, apakan daya, rezki halal dan berkat harus diperolehi, maka dikuatkan juga semangat untuk ke ofis. “Tidak mengapa, perasaan malas ini hanya seketika, lepas mandi nanti, hilanglah dia”, begitulah kata hati kecilku.

Keadaan di atas jalan hari ini, sangatlah pelik, kereta kurang, motor kurang dan yang jalan kaki pun kurang. Baik Cina, Melayu dan India, semua macam dah tak minat nak turun Kuala Lumpur. Tempat-tempat yang selalu dok jem pon tak jem hari ni. Loke Yew clear, Hang Tuah clear, Pudu clear, pendek kata, semua jalan utama di Kuala Lumpur semua clear.

Sungguh seronot aku drive pada hari ini. 🙂

Ulangtahun Kemerdekaan ke-52

Salam Sejahtera dan Selamat Maju Jaya. Dan juga… Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara yang ke-52. Sedar2 sudah separuh abad Malaysia merdeka. Tapi yang pasti, bukan semua rakyatnya tahu apa itu merdeka.

Merdeka dari segi bahasanya adalah bebas. Namun sejauh manakah mereka semua ini merdeka? Bangsaku… Bangsa Melayu merdekanya di tahap mana? Masihkah mereka semua memerlukan sogokan-sogokan daripada kerajaan? Apakah mereka masih lagi buta akan kebenaran? Sedarkah mereka akan eksploitasi hak-hak istemewa bangsa Melayu sebagai umpan undi? Sejauh manakah Bangsa Melayu ini Merdeka. Merdeka sebagai manusia bebas atau merdeka sebagai bangsat di tanah air sendiri? Anda pilih sendiri.

Pikir-pikirkan lah. Apa itu erti kemerdekaan.

Apabila yang pandai-pandai berkata2

Salam Sejahtera dan Selamat Maju Jaya. Semoga Tuhan Semesta Alam memberi rahmat kepada anda semua. Tidak kira bahasa dan warna kulit, kita semua adalah sama di sisiNya.

Baru-baru ini kecoh tentang hukuman rotan ke-atas seorang wanita kerana meminum arak di tempat awam. Yea, benar, beliau merupakan wanita pertama yang ditangkap atas kesalahan itu. Tapi, itu bukan soalnya petang ini. Kita sedia maklum… arak adalah haram. Dosa sindri tanggung.

Namun cerita pada kali ini adalah, apabila yang pandai-pandai berkata2. Berbeza yea tuan2 dan puan2, pandai dan pandai2. Pandai adalah bijak, manakala pandai-pandai adalah lebih kepada bodoh. Ini dapat dilihat apabila ramai yang mempertikaikan hukuman ke-atas wanita tersebut.

Kepada siapakah, bantahan tersebut dilemparkan? Kepada Tuhan kah? Nabi kah? Agama kah? Yang nak dirotan tidak pula berbuat bising malah menerima dgn hati yang redha. Akan tetapi terdapat pula golongan pandai2 ini membuat bising merata. Ditambah pula dengan media massa di Malaysia yang cukup haprak dan jahat itu, maka perkara mudah ini telah menjadi besar seperti kes bunuh pula.

Golongan pandai2 ini terdiri daripada golongan2 yang tidak tahu apa yang cuba dikatakannya itu. Haruslah kita ambil tahu bahawa hukuman rotan dari segi syariah bukanlah untuk menyakitakan seperti hukuman rotan Mat Salleh itu. Bukannya rotan seperti kaki rogol atau kaki liwat atau pervert.

Golongan pandai2 ini mmg terkenal dgn beberapa dakyahnya daripada dulu lagi. Umpamanya memastikan wanita berdiri sama dgn lelaki, menjamin hak sama rata wanita dan macam2 lagi. Pandai2 kan?

Pikir-pikirlah

Apabila berpuasa…

Salam Sejahtera kepada umat seantero alam. Tidak kira bulu dan kulit, semoga Allah merahmati anda semua.

Sudah masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa menunaikan kewajiban yang selalunya diturutsertakan dengan pelbagai tipu daya manusia untuk tidak berpuasa. Yea, inilah ketikanya seseorang itu mengaku mempunyai gastrik dan macam2 lagi. Hakikatnya, dia tidak mahu berpuasa.

Dahulu kala, memang saya sangat malas nak berpuasa. Macam-macam gaya yang dilakukan untuk berbuka puasa sebelum pada waktunya. Nasi Ganja, KFC, McDonald adalah menu biasa ketika ponteng puasa. Pelik sungguh, dibulan tak puasa, menu2 tadi tidaklah menarik sangat. Namun, ketika bulan Ramadhan, mmg cukup gah jenama makanan tadi. Cukup pelik. Hal ini tidak bisa diuraikan sebabnya oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia.

Apabila berpuasa amalan mulia saya yang biasa iaitu.. merokok tidak menunjukkan gejala ketagihan yang ketara. Boleh je berpuasa tanpa merokok. Tapi kalau tak puasa, mesti mau berasap dahulu. kalau tidak… payah. Hmmm. Sungguh luar biasa, sungguh luar biasa, sungguh luar biasa.

Entahlah, di bulan Ramadhan ini, macam-macam perkara pelik kita nampak. Semoga misi puasa Satu Bulan kali ini akan berjaya. /amin