Road Clear : Hensem

Salam Sejahtera dan Selamat Maju Jaya

Setelah puas berguling-guling di atas katil dan berselubung kerana kesejukan pagi, maka tibalah hari yang paling malas untuk dihadapi oleh kebanyakan golongan pekerja. Saya pasti, terdapat ramai manusia seperti saya yang rasa sungguh malas untuk ke kerja pada hari ini. Namun, apakan daya, rezki halal dan berkat harus diperolehi, maka dikuatkan juga semangat untuk ke ofis. “Tidak mengapa, perasaan malas ini hanya seketika, lepas mandi nanti, hilanglah dia”, begitulah kata hati kecilku.

Keadaan di atas jalan hari ini, sangatlah pelik, kereta kurang, motor kurang dan yang jalan kaki pun kurang. Baik Cina, Melayu dan India, semua macam dah tak minat nak turun Kuala Lumpur. Tempat-tempat yang selalu dok jem pon tak jem hari ni. Loke Yew clear, Hang Tuah clear, Pudu clear, pendek kata, semua jalan utama di Kuala Lumpur semua clear.

Sungguh seronot aku drive pada hari ini. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.