The Next Best Thing : Iced Nescafe

Cara2 membuat Air Nescafe Es yang sedap dan menyegarkan. Bahan2 dan Perkakasan yang diperlukan adalah:

  • Sebuah Jag
  • 4 Camca Besar Nescafe
  • 6 Camca Besar Gula
  • 2 Cawan Susu Isian Sejat (Brand Carnation)
  • Es (Ais le)
  • Senduk
  • 10 Bahagian Air Sejuk
  • Secawan Air Panas

Masukkan Nescafe dan Gula ke dalam Jag dan tambahkan air panas. Kacau sehingga sebati. Kemudian tambahkan Susu Isian Sejat dan Kacau sehingga sebati. Langkah seterusnya, masukkan Es kedalam Jag. Seterusnya, kita tambahkan Air Sejuk tadi kedalam Jag. Sewaktu air sejuk itu dicurahkan kedalam Jag, hendaklah kita mengacau adunan tadi agar kesemuanya bercampur sengan sebati.

Selalunya, Es akan ditambah semasa langkah terakhir. Ini akan menyebabkan adunan tadi tidak bercampur dengan baik. Oleh itu, Nescafe kita tadi, tidaklah sesedap mana. Serupa dengan Nescafe Ais Mamak. Mahal dan tak sedap.

Sekiranya kita menambahkan Es sebelum kita mencampurkan Air Sejuk, ini akan menyebabkan kesemua bahan2 tadi bercampur dan larut dengan baik. Teksture Nescafe akan mengembang di kala kita mengacau adunan tadi semasa kita mencampurkan air sejuk.

Try it!!!

Oi Reza… Semalam bukan Air Nesafe 3-in-1 tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.