Apa itu ISBN

Umum mengetahui bahawa ISBN itu adalah akronim untuk International Standard Book Number yang digunapakai untuk mengenal pasti setiap buku-buku di seluruh muka bumi ini. Sehingga Januari 2007, ISBN mempunyai 10 angka. Kini, ISBN mempunyai 13 angka yang unik untuk setiap tajuk buku. Di Malaysia, badan yang bertanggunggjawab menjaga dan mengeluarkan no siri ini adalah Perpustakaan Negara Malaysia.

Selalu kita lihat di Perpustakaan, Toko-toko buku atau Amazon Online mempunyai pencarian melalui ISBN. Ini adalah kerana, untuk setiap buku yang diterbitkan mempunyai no ISBN yang berbeza, melainkan ianya adalah terbitan semula – ISBN yang lama akan digunapakai. No ISBN tidak boleh digunakan semula, ianya adalah unik untuk setiap judul.

Pada setiap ISBN, sebenarnya terdapat huraian-huraian yang mungkin anda diantara kita tidak ambil peduli pun. Hatta ianya seorang pustakawan. Pada mereka ISBN hanyalah No siri untuk kawalan terbitan buku. Namun, sebagai Pustakawan, kita wajib tahu apa itu ISBN yang sebenarnya.

ISBN untuk buku berjudul “Indahnya Hidup Bersyariat, karangan Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid adalah : 978-967-51023-0-1. Pernahkah anda terfikir apa yang dimaksudkan oleh nombor ini?

Mari kita huraikan Pengertian No ini.

  • 978 adalah prefix untuk semua buku. Makna kata, sekiranya kita terjumpa ISBN dengan 978 di hadapannya, tak perlu pikir-pikir… ini adalah buku
  • 967 adalah identiti untuk kod kawasan. Di Malaysia kebanyakan buku yang diterbitakan di Malaysia mempunyai 967 atau 983
  • 51023 adalah identiti penerbit
  • 0 adalah identiti judul
  • dan 1 itu adalah no semakan untuk ISBN tersebut.

No semakan ISBN?
No semakan ISBN bukan no yang diletakkan secara suka-suka sahaja. Terdapat pengiraan disebalik no tersebut. Huhu. Librarian tak perlu pikir pasal no ni. Banyak lagi kerja yang lagi penting mereka kena fikir. Namun sebagai ilmu, saya kongsi cara-cara pengiraannya di sini.

Di dalam setiap ISBN 13, hanya 12 no yang pertama yang akan dikira dan angka yang ke-13 itulah no hasil daripada pengiraan ISBn check digit tersebut. Setiap nombor dari kiri hingga kanan akan didarabkan dengan 1 dan 3 secara alternate. Kemudian nombor tersebut akan dibahagi dengan 10. Hasil daripada pembahagian tersebut akan ditolak dengan 10. Huhuhu. Pening tak? Itu la pasal Librarian tak buat kerja gila neh.

Jom tengok contoh:

X = 9*1 + 7*3 + 8*1 + 9*3 + 6*1 + 7*3 + 5*1 + 1*3 + 0*1 + 2*3 + 3*1 + 0*3

X / 10 = Y

10 – Y = No last itu! huhuhuh

So… dalam perkara ini X = 109 dan 109/10 = 10 berbaki 9 dan 10 – 9 = 1.

Huhuhuh. Pining tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.