Qaisara dan Waktu Malam

Adapun mempunyai anak yang kecil merupakan sebuah cabaran bagi ibu dan bapa yang berkerjaya. Esok nak ke kerja namun si kecil masih belum tidur. Nak dimarahkan tidak sesuai. Bodoh rasanya kalau marah-marah anak yang kecil yang tidak tahu apa itu kerja. Lagi dua bulan, bertambah merah lah mata ini. Si Adam bakal keluar dan dahulunya bertiga, InsyaAllah akan berjadi berempat. Alhamdulillah, nanti akan ada sepasang. Ramai yang berusaha untuk tambah satu atau masih lagi berusaha untuk dapat satu. Syukur kepadaNya kerana diberikan rahmat yang sedemikian rupa.

Ate Mote Mote (Nama Timangan A’eisya Qaisara Munawar) memang susah nak tidur malam. Abie dan Maminya nak tidur, itulah kalanya dia nak main lampu, mengesot nyorok bawah sofa, guling sana dan sini macam ulat dan berusaha merangkak hendak main suis (sebab ada lampu kot??). Esok kami berdua cuti-cuti, tidak apa la. Hari tak kerja memang selamba rock. Tak nak tidur pun tidak apa. Mengkala hari esoknya kerja, huhu… sendiri mau ingat. Macam mana kami berdua buat ibu dan bapa kami tak tidur malam dahulu-kala… macam itulah kami rasa hari ini. Asam dan Garam kehidupan. Sabar sahaja kerana hasilnya InsyaAllah… besar

Nanti bila Adam dah keluar dari rahim ibunya… makin merah kot mata ini. Kita tunggu dan lihat macam mana nanti.

2 thoughts on “Qaisara dan Waktu Malam

  1. mantoi June 13, 2011 / 11:21 AM

    Wang .. tak tau ler ko bule guna tips aku nih tak … anak2 aku nihh dulu2 masa kecik pun susah nak tido mlm … so apa yg aku laki bini buat … disebabkan diaorg nih kalu naik kete sure tido … aku mlm2 drive ler around Sri Gombak sampai ler diaorg tido … tapi kena cari tempat yg kurang cahaya neon & jgn pasang radio & jgn borak2 ….

  2. munmon June 14, 2011 / 10:37 AM

    Hahaha. Itu mmg bisa dilakukan. Ianya bernas. Tapi sara mmg suka naik kereta. Pernah juga dia tidor dlm kereta, sampai je rumah, terus terjaga. Huhuhuhu. 😉 Pintar punya bayi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.