Sejarah hari ini : 1 September

Salam Ramadan dan Sejahtera Semua

Adapun tanggal 1 September mungkin tidak membawa sebarang makna kepada orang-orang kebanyakan. Namun, pada hari ini dalam tahun 1972, Parlimen Malaysia telah meluluskan sebuah akta yang menandakan permulaan sebuah organisasi yang agak penting di Malaysia.

Akta tersebut adalah, Akta Perpustakaan Negara, 1972. Dengan kelulusan akta ini, sebuah organisasi Perpustakaan telah dibentuk secara rasmi. Ketika itu, Perpustakaan Negara masih lagi bernaung dibawah Jabatan Arkib Negara. Dan sekitar tahun 1977, Perpustakaan Negara secara rasmi menjadi sebuah badan kerajaan secara mutlak, iaitu tidak lagi bernaung dibawah mana-mana Jabatan. Secara amnya, Perpustakaan Negara mempunyai Jabatan sendiri, Ketua Pengarah sendiri dan carta organisasi sediri.

Selepas pada tarikh 1 September 1972 inilah, banyak program-program yang melibatkan kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai Pustakawan di peringkat kebangsaan. Sebagai contoh, dilantik sebagai penjaga nombor siri buku, ISBN peringkat kebangsaan.

Oleh itu wahai sahabatku warga Perpustakaan yang lain, janganlah anda semua memandang enteng akan tarikh 1 September ini. Janganlah anda semua buat-buat tak tahu tentang 1 September kerana, sekiranya anda tidak tahu sejarah, janganlah berangan tentang masa hadapan.

Update: Klik sini untuk melihat Akta Perpustakaan Negara 1972

2 thoughts on “Sejarah hari ini : 1 September

  1. munmon September 4, 2010 / 1:41 PM

    Sheikh Haris Al-Rizal

    Mende Al-Gombak? hahaha

    Dia bukan macam tuh. Dia macam neh sebenaqnya

    Sheikh Ahmad Mun Al-Buaya. hahahah

    Kena mau tahu sahabat. Librarian musti mau tahu ini Tarikh Keramat. Mana2 Librarian yang tak tahu, hang pi seligi kepala dia. Depa ingat Librarian Second Class Citizen ka?

  2. yeop makasar September 2, 2010 / 4:04 PM

    wahai syeikh amroth al-gombak,

    aku pon tak tau nie, mungkin aku tak ingat la kot…
    sebab aku pernah bagi lecture mengenai library nie.. hehehehehe

    makaseh syeikh.

Leave a Reply to munmon Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.