Belajar menggunakan Millennium ILS

Bulan ini merupakan bulan ke-dua saya berkhidmat di Petroleum Resource Centre (PRC). Sebagai pekerja yang baharu, macam-macam benda harus dipelajari, dari budaya kerja sehinggalah benda-benda remeh seperti akronim dan sebagainya. Ini termasukkalah mempelajari menggunkan sistem library yang sedikit asing untuk saya iaitu Millennium ILS.

8 tahun saya menggunakan Virtua ILS dan saya amat senang dengannya. Dari create record, replace record dan produce report semuanya dah ada didalam kepala. Makna kata, dengan Virtua ILS, tidak lagi perlu melihat dan membaca manual. Mungkin ada juga merujuk manual untuk kepastian. Namun, itu semua sudah ditinggalkan, kerana sekarang bukan lagi Virtua ILS tetapi Millennium ILS.

Memang sangat asing Millennium ILS ini kepada saya. Dari client sehinggalah kepada sistem. Akses kepada server pun berbeza. Dahulu saya boleh pegang dan sentuh server, malah saya boleh masuk ke dalam bilik server. Tidak lagi sekarang. Di tempat baharu ini, library tidak menjaga server dan tidak mempunyai akses secara physical kepada server. Nampak pun tidak.

Sungguhpun begitu, mana-mana sistem perpustakaan adalah sama sahaja dari segi konsep dan matlamat. Cuma jalan kerja dan istilahnya sahaja yang berbeza. Yang menariknya, kebanyakan kerja-kerja menggunakan client. Penggunaan terminal atau cmd hanya terhad kepada kerja-kerja Administration. Itupun jarang-jarang sekali berlaku.

Dah dekat 2 bulan saya belajar menggunakan Millennium ILS dan sekarang sudah tahu cara-cara add record secara batch, replace dan update record secara batch dan macam-macam lagi. Nasib baik ada pemahaman dengan sistem library. Kalau tidak, jangan kata 2 bulan, 2 tahun pun belum tentu boleh paham.

Itulah kita, hari-hari sentiasa kena belajar. Kerana setiap hari ada sahaja ilmu yang baharu. Walaupun dengan pengalaman 8 tahun… belum tentu cukup untuk mengetahui kesemuanya. Oleh itu, sentiasalah bersedia untuk belajar.