Virus ke? False alarm kot!!!

Salam Sejahtera

Semenjak kembali ke Windows 7 ini, saya terpaksa berhati-hati ketika membuka file atau program yang dimuat-turun dari internet. Dahulu, semasa menggunakan Ubuntu, saya senyum sahaja. Sayang bini punya pasal, Windows pun… Windows la. Tapi itu tidak bermakna saya akan terus meninggalkan dunia Linux. Ini kerana, Linux adalah keperluan asas untuk saya, terutamanya di pejabat.

Apabila menggunakan Windows, adalah wajib untuk install perisian Anti-Virus. Tidak kira, sehebat manapun kita, anti-virus adalah keperluan wajib untuk pengguna Windows. Kerana yang hebat selalu alpa dan lalai apatah lagi yang biasa2 sahaja. Virus, bergantung kepada jenisnya mampu membotakkan kepala anda dan menyusahkan kehidupan anda seharian.

Oleh itu, sebelum terkena, haruslah kita beringat. Anti-Virus pun ada baik dan buruknya. Terlampau sensitif menyakitkan hati, terlampau pasif membahayakan kehidupan. Hmmm. Seksa beb. Siapala si Dungu yang cipta virus neh? Baru-baru ini, sebuah update untuk McAffee telah menyebabkan Windows untuk reboot secara loop. Mari kita lihat apa yang berlaku:

<?php
$variable1 = “restart computer”;
$variable2 = reboot($variable1);
do {
echo “{$boot[‘boot’]} <br />”;} while ($boot= mysql_fetch_assoc($reboot));
?>

Rupanya virus definition McAffee telah identify svchost.exe sebagai virus dan didelete dari komputer. Jahanam!!! Engadget melaporkan:

“DAT update 5958 deletes the svchost.exe file, which then triggers a false-positive in McAfee itself and sets off a chain of uncontrolled restarts and loss of networking functionality.”

So amacam sekarang? File sudah di download. Nak run ke tidak?

Nasib baik ada satu application seperti VirusTotal yang boleh tolong tengokkan file tersebut. Kita uploadkan file tersebut dan VirusTotal akan bandingkan dengan beberapa antivirus yang terkenal. Kadang-kadang hanya satu daripada 40 antivirus yang mengesan file tersebut adalah virus… Ini maknanya.. bukan virus la.

Oleh itu pandai2lah kita menggunakan akal kita serta naluri kita untuk menjaga keselamatan data kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.