AND & OR adalah kawan baik anda

Salam Sejahtera dan Selamat Pagi

Pada hari Jumaat ini, eloklah kita bersedekah Ummul Al-Quran kepada semua hambaNya yang telah pergi. Ameen. Semoga yang telah pergi itu, dirahmati Allah dan kita yang masih hidup ini diberikan limpahan rezki yang cukup. Amin.

Mana-mana Universiti, pasti mempunyai sebuah Perpustakaan untuk membantu pelajar-pelajarnya mencari bahan-bahan pengajian mereka. Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang kaya dengan pelbagai jenis maklumat. Apa yang diperlukan hanyalah usaha dan kepakaran mencari maklumat, untuk mana2 matapelajaran. Ini adalah kerana, pangkalan data hanyalah sebuah sistem yang bodoh (secara detailnya, sistem ini bodoh kerana tidak tahu apa yang pengguna mahu). Sistem ini memerlukan pengguna untuk diaplikasikan secara penuh.

Seperti yang kita sedia maklum, sebagus mana pun sistem itu, ianya tetap tidak akan dapat meneka apa yang pengguna mahu. Kitalah sebagai pengguna harus memberitahu kepada sistem apa yang kita mahu. Barulah sistem bisa memaparkan maklumat yang kita cari. Untuk itu adalah amat penting, pengguna menggunapakai tips ini:

Kenal pasti kehendak
Sebelum kita mencari maklumat, hendaklah kita mengenalpasti apakah keperluan kita. Sistem tidak tahu kehendak pengguna. Eloklah kiranya kira bentuk soalan2 atau statements berdasarkan kehendak kita. Kita hendaklah kreatif dan innovatif. Sebagai contoh:

Are left-handed people more intelligent?
Education in rural areas
Are drug-users more likely than non-users to commit robbery?

Dan daripada soalan atau statement yang kita buat, kenal pasti katakunci atau konsep yang penting untuk digunapakai didalam carian kita.

Are left-handed people more intelligent?
Education in rural areas
Are drug-users more likely than non-users to commit robbery?

Elok juga dipikirkan perkataan yang hampir maksudnya dengan kata-kunci kita tadi. Seterusnya kita gunakan boolean operators iaitu OR atau AND untuk menggabungkan kata-kunci kita tadi. Kedua AND dan OR ini mempunyai perbezaannya. Ini kita boleh lihat di dalam gambarajah di bawah.

AND

  • Akan memapakarkan maklumat yang hanya mempunyai kata-kunci kita
  • Digunakan untuk menggabungkan kata-kunci di dalam satu konsep

Jika kita lihat. Bahagian yang Kelabu itu adalah carian kita. Kesimpulannya, AND digunakan untuk membuang mana-mana carian yang tidak relevan dengan kemahuan kita.

OR

  • Akan memaparkan mana2 maklumat yang mengandungi kata-kunci kita kesemuanya
  • Selalunya digunakan untuk mencari persamaan dan mengembangkan carian kita

Perhatikan bulatan2 ini. Kesemuanya adalah kelabu. Ini menunjukkan OR akan memaparkan kesemua carian yang mempunyai kata-kunci kita.

Secara terperincinya carian jazz OR blues akan mencari mana-mana artikel yang membincangkan sama ada Jazz atau Blues. Berbeza pula carian jazz AND blues yang mana hasil daripada carian ini akan memaparkan artikel2 yang membincangkan kedua2 Jazz dan Blues.

Selamat Mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.