Untuk Melayu yang alpa!!

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara

——————————————————

Tulisan ini pedas sedikit.. [Amaran]

Itu adalah lirik daripada lagu yang bertajuk “Warisan”. Anda yang muda mungkin tidak tahu akan kewujudan lagu ini. Anda yang tua mungkin terlupa akan lagu ini. Bukan bertujuan untuk menerapkan semangat Melayu dan juga bukan untuk membawa Ketuanan Melayu. Kita gadoh sesama sendiri, kita kutuk sana-sini, kita tipu sana sini dan kita berpuak kerana politik.

Siapa yang rugi dan siapa yang sengsara? 50 tahun daripada sekarang Melayu bakal menjadi hamba serta golongan bangsat dibuminya sendiri. Sekiranya kita tidak sedar akan nilai2 kita yang sudah hilang kerana haloba kita. Mahukah anda semua anak2 serta cucu2 anda atau keturunan anda menjadi bangsat? Mahukah anda semua digelakkan oleh bangsa2 yang lain kerana anda adalah bangsa bangsat? Haruskah kita berasa malu dgn Bahasa kita sampai mahu menggunakan Bahasa Inggeris itu di dalam Sains dan Matematik atas tiket memperkasakan penguasaannya. Bangsatkah Bahasa Melayu? Bangsatkah Bangsa Melayu?

Anda semua fikir sendiri. Bangsat atau tidak bermula dari diri anda sendiri.. Saya bukan seorang yang Bangsat!!! Bangsaku bagaimana?

2 thoughts on “Untuk Melayu yang alpa!!

  1. Sohai December 9, 2009 / 5:14 AM

    hahaha, really pukimak 1!!!

  2. munmon December 30, 2009 / 4:32 PM

    well. it is

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.