Inggeris, Science and Math…

Salam Sejahtera

Hari ini, mungkin terdapat perhimpunan secara besar-besaran bagi membantah pengguanan Bahasa Inggeris di dalam sains dan matematik. Ini merupakan satu perkara yang paling baik bagi menunjukkan kebosanan rakyat dengan polisi kerajaan yang tidak bijak serta tidak effektif. Tujuan mereka untuk guna Bahasa Inggeris adalah untuk memperkasakan bahasa itu di kalangan budak-budak sekolah itu. Tujuan yang kurang logik saya rasa. Adapun seperti yang anda semua maklum, bahasa hanya bisa diperkasakan di dalam kelas bahasa. Tak kiralah apa bahasa pun, Jawa, Cina, Yahudi, Ibrani, Jepun, Korea dan lain2 bahasa lagi, ini semua hanya boleh diperkasakan di dalam kelas bahasa. Bukan kelas Science & Math. Hanya yang dungu sahaja akan percaya dengan kaedah ini.

Mana bisa orang belajar Bahasa Inggeris di dalam matapelajaran kira2 itu. Mana mungkin B. Inggeris diperkasakan di dalam kelas potong2 katak itu. Tidak mungkin… tidak akan berjaya. Hanya yang kurang membaca akan bersetuju dengan kaedah itu.

Antara mereka yang akan turut serta Demo. tersebut ialah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

“Jika masih gagal, ia perlu diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir. “Gunalah undi secara bijaksana,” kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said kepada Malaysiakini hari ini.

Mereka yang mampu berfikir akan nampak akan kebodohan ini. Oleh itu janganlah anda menjadi dungu dengan menyokong PPSMI di peringkat sekolah rendah dan menengah. Gunakan akal dan logik. Saya tidak belajar BI di dalam kelas Science and Math, tapi masih mampu berkomunikasi dengan golongan2 udang bakar itu (omputeh le)

Pikirlah Sindri

2 thoughts on “Inggeris, Science and Math…

  1. maria January 31, 2009 / 11:58 AM

    org jepun, org russia, jerman sume.. tak pyh pakai BI nak majukan teknologi & negara mereka …

    renung2 kan.. hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.