Wang Ihsan Bill Gates???

Sejahtera dan Selamat Pagi.

Semoga kalian berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera. Beberapa hari yang lalu saya ada nampak sebuah akhbar tabloid terutama di Malaysia (pandai2 korang la teka) bercerita tentang isu yang lapuk dan hanya golongan dungu sahaja akan mempercayainya. Kes-kes penipuan di internet, SMS dan jurujual sememangnya amat popular di seluruh dunia. Ini adalah biasa kerana, siapa yang tak mahu duit? Namun suka saya berkata, bahawa mangsa-mangsa yang tertipu ini selalunya orang-orang yang kurang membaca (bodoh dalam bahasa biadapnya). Mana ada sumber duit yang mudah serta halal. Sumber duit yang mudah serta cepat selalunya adalah melalui jenayah.

Apa faedahnya si Tuan Bill Gates nak kasi korang duit. Siapa kamu semua yang perlu dia beri wang ehsan. Tidak terpikirkah akan kelogikannya di sini. Siap nak buat laporan di akhbar tu yang tambah kekelakarannya. Tapi takpelah, akhbar tabloid, siapa yang peduli. Asal ada orang baca, laku, selagi itulah ceriti-ceriti seperti itu akan mendapat tempat. Yang kelakarnya, ada orang percaya. Har Har Har.

Email-email berantai ini hanya diforwardkan oleh mereka yang mempunyai lebihan masa di pejabat. Apakah perlu saya melayan email2 berantai ini. Selalunya, email2 seperti ini akan terus ke tong sampah. Cuma sayangnya, ada juga beberapa manusia yang memilih untuk memforwardkannya kepada orang lain. Email berantai ini tidak akan berlaku sekiranya oramg ramai memilih untuk “delete” terus.

Fenomena email berantai ini, tidak terhad kepada email sahaja. Ianya juga berlaku di Forum, Message Board di Friendster, Myspace dan lain-lain lagi. Sungguh cetek pemikiran orang yang menghantar benda2 seumpama ini. Yang kelakarnya, siap mengaku Micorsoft beri dia duit RM 2500.00, RM 10,000. Bodoh ke ape? Tiadalah faedah untuk Microsoft (Mikroskop bak kata kawan saya yang klakar) memberi anda semua duit. Nak duit usaha la gileeee!!! Dalam World of Warcraft pun Gold kena cari sendiri. Siapa nak kasi secara percuma.

Pada mereka yang terlibat dengan aktiviti menghantar email2 berantai ini, hentikanlah usaha anda. Hentikan daripada memenuhi Inbox kami dgn dakyah bodoh kamu. Tiadalah berfaedah segala usaha anda. Jangan jadi bodoh. Ada satu function “Delete” dan silalah tekan butang itu daripada pilh unutk forward.

Pada mereka yang tertipu, silalah belajar untuk berfikir secara logik. Siapa yang mahu beri duit secara percuma. Kiranya anda kaya dan raya, Mahukah anda memberikan wang anda secara percuma?

Pikir-pikirlah.

Cio

2 thoughts on “Wang Ihsan Bill Gates???

  1. munmon October 13, 2008 / 10:35 AM

    Tu la dia Maria. Mereke ini semua tolol2 belaka.

  2. maria October 10, 2008 / 5:29 PM

    sayalah antara org yg nyampah dgn email berantai itu.. tolong la pikir weih, ingat senang2 org nak kasi duit? siap buat kenyataan la, pengakuan la.. tak logik sungguh!
    kalau betul mcm tu, semua org dah kaya raya, tak pyh kerja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.