Hari Raya… aku dah tua

Salam Sejahtera dan Selamat Hari Raya

Adapun sudah beberapa hari saya ketinggalan unutk update blog ini. Al-Maklum sajalah, saya sebok berhari raya dan juga sebok berkerja sebelum raya itu. Malam Selasa itu juga, saya dan pamili pulang ke Alor Star. Kononnya tak mahu balik, tapi apabila dipikirkan, sudah 4 tahun tidak pulang, maka saya pun ubah fikiran. Ayah dah balik awal2 dah. Merajuk la kot pasal anak2 dia tak mahu balik.

Pada awalnya memang saya tak mahu balik kerana, sebab malas dan perjalanan yang jauh. Namun, apabila dipikrkan akan hutang saya 4 tahun itu, maka saya balik juga. 4 tahun tak jumpa mereka di sana. Sampai di Alor Star dalam 3.30AM (bertolak pukul 11.30PM), dan terus berjaga sehingga pagi untuk sembahyang Sunat Aidilfitri.

Pagi raya itu terdapat ramai muka yang dahulunya berhingus, degil dan nakal. Namun hari itu, segalanya sudah berubah. Dah besar2 rupanya mereka semua. Har Har Har. Aku pun dah tua. Dan seperti biasa, soalan lazim untuk orang bujang seperti saya “Bila lagi??”. Huh, cukup bosan dengan soalan itu. Jawapan saya adalah mudah dan simple. “Bila saya hantar surat Kahwin!!” Itulah dia dilemma setiap orang yang masih bujang. Cinta hati ada, cuma masih belum berkemampuan.

Kahwen bukan cerita pasal romen2 sahaja (buat anak la kata biadapnya). Itu salah satu daripada nikmat kahwen. Pemakanan, pakaian, perumahan dan kenderaan. Itu semua adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Takde duit, jangan bercerita tentang kahwen. Insya-Allah, dalam masa terdekat ini, berkawhinlah saya. Saya pun nak bin Ahmad Munawar juga. Yang lain semua sudah ada “bin” dan “binti”. Kelak nanti giliran saya untuk binkan atau bintikan akan tiba. Tunggu sahaja.

Pejam celik, rupanya sudah 29 tahun saya bernafas. Raya ntah berapa kali saya kurang pasti. Lebih daripada 29 kali itu yang saya pasti. Kalendar Gregorian dan Kalendar Islam tak sama. Takde masa saya nak buat kira2. Yang pasti saya dah Tua. har har har.

Okeylah Selamat Hari Raya

One thought on “Hari Raya… aku dah tua

  1. kiter October 11, 2008 / 5:09 PM

    mane duit raye kiter??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.