Tema Hari Kebangsaan Ke-51

Sejahtera dan Selamat Maju Jaya

Sememangnya, apabila kita menghampiri 31-Ogos, saya akan menjadi lebih patriotik dari biasa. Tidak ada orang yang lebih patriotik di sekeliling saya. Saya adalah anak Malaysia. Seperti yang sudah diketahui umum, tema kita pada kali ini adalah Perpaduan Teras Kejayaan. Maka dengan itu hendaklah kita sebagai Anak-Anak Malaysia Bangun Bersama tanpa mengira Bangsa dan Agama. Lupakan orang-orang tua yang racis2 itu. Mereka semua akan mati tak lama lagi!!! Kita sebagai golongan mude, hendaklah bersatu sebagai sebuah bangsa yang berjaya.

Selalunya, setiap tahun pasti ada lagu Tema yang cukup bersemangat dan penuh dengan nilai patriotik. Dan seperti macam takde orang lain yg menulis liriknya. Seperti biasa Pak Ngah dgn lagunya yang baru:

Perpaduan Teras Kejayaan

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu…….Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu……Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

2 thoughts on “Tema Hari Kebangsaan Ke-51

  1. munmon September 3, 2008 / 8:10 AM

    Happy Merdeka to u 2. Slamat Menjadi Rakyat Malaysia yg Best.

  2. Shaira August 30, 2008 / 10:18 AM

    Happy Merdeka to you! And Selamat Berpuasa! Pastu Selamat Kahwin, hehe :p

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.