Game dan Kepercayaan… Dante oh Dante

Salam Sejahtera

Ada laporan dari tabloid mengenai permainan video yang mempunyai elemen agama. Mungkin itu salah satu daripada caranya mereka mencari atau menambah pembaca. Mari kita petik laporan tersebut:

KUALA LUMPUR: Elemen kepercayaan terhadap alam ghaib termasuk membabitkan malaikat yang menjadi perisian terkini permainan konsol PS3 dan Xbox 360 dikesan semakin diminati generasi muda kerana memberikan keseronokan ekstrem kepada pemainnya.

Melalui permainan itu, sesiapa saja boleh menikmati pengalaman baru dengan menatap wajah ‘malaikat maut’ sambil meneroka syurga, malah mengalami situasi mencemaskan apabila menjelajah sembilan lapisan neraka.Namun, ia mempunyai unsur mempersendakan agama apabila permainan dibangunkan syarikat antarabangsa seperti Darksiders itu menggambarkan malaikat seperti manusia yang bersenjata, bersayap dan berbaju perisai, malah boleh dibunuh sesuka hati, sekali gus bertentangan prinsip kepercayaan Islam.

Dante’s Inferno pula berkaitan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga.

Baca Lagi

Kelakarkan? Siap ada fatwa mengharamkan lagi permainan tesebut. Kalau benda yang lain yang memang Sah haram tidak pula diberi laporan. Saya tidak percaya bermain permainan video boleh menyebabkan akidah seseorang itu terpesong.

Saya seorang pemain permainan video yang tegar dan saya tidak terima akan argumen ini : Video game bisa memperlekehkan akidah saya.