Adobe PDF Reader vs Foxit Reader

Salam Sejahtera dan Salam

Mungkin ramai diantara kita yang tahu akan kewujudan Foxit Reader ini. Mungkin ramai yang tensi dengan kelembapan komputer kita di kala, membuka file PDF dari browser. Kelembapan komputer kita akan terserlah apabila Adobe Reader yang bertanggungjawab membuka file2 PDF ini. Sungguh sembab dan kurang sopan Adobe Reader ini. Kadang-kadang, PC kita yang gagah pon akan menjadi lembab kerana Adobe Reader sedang berjalan.

Setelah kajian dibuat, saya membuat kesimpulan bahawa Foxit Reader adalah 100x lebih baik daripada Adobe PDF Reader. Kajian yang dijalankan menggunakan 2 buah Komputer Meja (Desktop PC le) dengan speknya:

  • Pentium Core2 Duo 2.5GHz
  • Ram 4G
  • Windows XP Pro SP3
  • Mozilla Firefox

Adobe Reader mengambil masa 5 saat untuk membuka sebuah PDF 10MB. Manakala Foxit Reader hanya memerlukan 3 saat.
Winner : Foxit Reader

Cubaan seterusnya adalah membuka sebuah artikel Nursing dari Journal Cancer Nursing. Size 500kb. Adobe Reader membuka dlm masa 7 saat. Foxit Reader 2 saat.
Winner : Foxit Reader

Saiz installation file Adobe Reader adalah 40MB dan Foxit Reader hanya 5MB.
Winner : Foxit Reader

Adobe Reader selalu mempunyai update dan semuanya agak besar. Foxit reader jarang sekali mempunyai update.
Winner : Foxit Reader

Dan akhir sekali, Foxit Reader tidak membuatkan PC anda lembab. Dengan Adobe Reader, PC yang gagah pon akan menjadi lembab.
Winner : Foxit Reader

Oleh itu, secara keseluruhannya, Foxit Reader adalah lebih bagus daripada Adobe Reader. Marilah anda semua beralih ke Foxit Reader.