Kepentingan menyatakan sumber di post anda.

Kisah Lahad Datu masih belum selesai sehinggakan tercetus laporan-laporan daripada Wartawan tidak bertauliah di Facebook dan blog yang haprak lagi gemar Ctrl + X dan Ctrl + V cerita orang. Kedapatan ramai golongan manusia yang sebegini gemar Ctrl + X dan Ctrl + V tanpa menyatakan sumbernya. Inilah masalah dunia pada hari ini, golongan yang suka akan gunting cerita orang dan menampal kembali cerita orang di blog sendiri TANPA PENYATAAN SUMBER. Ini adalah sebuah bentuk pengkhianatan kepada maklumat tersebut.

Kejadian ini menyebabkan ledakan maklumat sehingga sukar untuk mencari posting asal sebuah berita tesebut. Penyataan sumber adalah sangat penting untuk tujuan penyemakan semula sesebuah petikan atau cerita yang dilaporkan. Ini adalah untuk melihat sejauh manakah kebenaran laporan tersebut. Sahih atau tidak dan juga benar atau palsu.

Di Malaysia sahaja terdapat ratusan ribu blog2 yang kurang adjar ini. Orang lain nak ada Blog, dia pon nak ada blog. Tapi ilmu penulisan tidak ada. Sikap hormat kepada penulis asal langsung tidak ada. Baik pergi mati dari Gunting dan Tampal cerita orang di blog sendiri. Kalau tak reti nak mengarang cerita buat apa nak bikin dan empunya sebuah blog. Tak salah kalau nak gunting dan tampal tapi lakukannya secara terhormat iaitu penyataan Sumber. Tidaklah sampai perlu untuk buat citation APA atau MLA, cukuplah sekadar membuat pautan kembali kepada posting yang asal.

Apabila golongan ini gunting dan tampal cerita orang dan golongan yang lain pun buat perkara yang sama pada blog si cilaka yang gunting dan tampal cerita orang pertamanya dan begitulah yang akan berlaku seterusnya. Maka akan terjadilah satu keadaan dimana cerita tersebut seoerti terperangkap di dalam vortex dan terawang-awang tanpa penulis asalnya diketahui atau sukar dipertemukan.

Meraka ini adalah golongan yang bangsat yang tidak tahu menghormati penulisan orang dan telah melakukan khianat ke atas sesebuah cerita yang dikarang oleh orang lain. Mungkin kata2ku bunyinya kasar tapi untuk berhadapan dengan bangsat-bangsat ini kata2 yang lembut tidak jalan. Mereka mungkin juga buat tak endah akan kata2 nista ini. Dah menjadi lumrah mereka untuk buat tak tahu. Sebab itu mereka ini bangsat.

Senarai Blog2 yang menjadikan Ctrl + X dan Ctrl + V  tanpa membuat Pautan kembali (Credit)

 

Saya akan update post ini untuk menyenaraikan Blog2 Kurang Adjar ini.