Ada benarnya… Keluarga itu yg utama

Setelah selesai sibuk² di opis, akan datang pula sibuk² di rumah. Dan kesibukan di rumah itu adalah lebih elok diberi perhatian utama kerana disitulah bermulanya segala yang baik dan buruk. Kalau buruk mulanya dari rumah maka buruklah segalanya serba dan serbi dan begitulah sebaliknya. Pendek kata… di rumahlah segala kebaikan bermula. Oleh itu, haruslah kita memberi perhatian yang lebih dirumah.

“…a man who doesn’t spend time with his family can never be a real man.” — Don Vito Corleone

Ada benarnya bukan? Tidak lengkaplah kelakian seseorang itu sekiranya membiarkan keluarganya terabai. Kerjalah sesibuk manapun, kerjalah serajin manapun. Abaikan keluarga… maka porak lah poranda kehidupan anda. Keluarga dan anak-anak serta isteri atau isteri² adalah yang utama. Don Vito Corleone membenarkan apa yang disabdakan oleh junjungan kita:

Neglecting one’s own dependents is a reason enough for a man to commit a sin — Abu Dawud [Book 1, Hadith 294] atau
Melayunya: Cukup berdosa orang yang menyia-nyiakan tanggungjawab keluarga.

Maka ada benarnya bukan kata² junjungan kita? Maka sila lah utamakan keluarga daripada Kerja. Duduk rumah main game lebih elok dari sibuk2 kerja melainkan kerana terpaksa, itu pun sekali sekala sahaja ok.

Anak adalah permata hati…

Di hari Jumaat yang indah ini, saya mendengar khutbah yang bercerita tentang anugerah Allah kepada hambaNya iaitu anak. Katanya (khatib), berapa ramai yang meminta² tapi masih belum berjaya dan yang berjaya walau tidak pernah meminta.

Senang sahaja dibaling bayi itu ke bawah rumah tanpa berfikir panjang. Pastinya ada rasa bersalah di dalam hati si ibu yang membaling anaknya, tetapi kerana takut atau tidak mahu membela anak tersebut, maka melayanglah anak tersebut dari tempat tinggi dan bersepai di lantai. (Bukan isi khutbah)

Cukup tragis dan cukup kejam kejadian tersebut. Sesudah sedap dan seronok melayan nafsu, termengandung pula. Takut pula nak bertanggungjawab. Bukan salah perempuan sahaja. Tidak wajar begitu. Kekhilafan mereka adalah hak bersama. Kita, media, ibu dan bapa, jiran, pegawai agama dan sesiapa sahaja. Perempuan tidak akan bersenggama tanpa pujuk rayu, puji-pujian dan kata² yang manis dari pihak lelaki. Lelaki tidak akan berusaha untuk meratah perempuan jika tidak di beri peluang atau dorongan. Dorongan dari media, dorongan dari hati yang hijau dan juga dorongan dari yang tiada kita nampak (Baca: Musuh No.1 Manusia). Oleh itu, jangan pandai tunding jari sahaja.

Anak adalah permata hati… hatta adalah menjadi tanggungjawab untuk kita membentuknya. Jahat kita…. maka jahatlah dia. Wajib untuk kita memberi didikan tentang ilmu dunia dan akhirat agar sejahtera kehidupannya. Mimbar Jumaat tadi ada berbicara tentang layanan kepada anak cara Rasulullah.

Mimbar berkata… Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak kepada 4 peringkat asas iaitu:

  1. Sebelum usia 7 tahun,
  2. Antara 7 – 14 tahun dan
  3. Antara 14 – 21 tahun
  4. Selepas 21 tahun

Usia sebelum 7 tahun
Ketika ini Rasulullah menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi serta menyintai mereka tanpa batas. Orang tua² memberi perumpamaan memberi kasih tidak bertepi dan sayang tidak berbatas. Makna kata, kasih dan sayang yang bersifat infiniti. Ketika ini manjakanlah mereka semanja yang boleh.

Ketika berumur 7 -14 tahun
Pada waktu ini, anak-anak akan mula belajar dari persekitarannya. Belajar dari sumber terdekatnya iaitu ibu dan bapanya. Bapa borek anak rintik. Begitulah maksud peribahasa lama itu. Ini adalah waktu yang paling penting untuk kita menanamkan sifat² terpuji dan disiplin kepada anak-anak seperti yang diberitahu oleh Rasullulah.

Sabdanya:

“Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang apabila berumur 7 tahun, dan pukul lah mereka (jika mereka enggan) apabila berumur 10 tahun, dan asingkan tempat tidur mereka”

HR Ahmad & Abu Daud

Pada waktu ini, pembentukan sahsiah adalah sangat sesuai. Pada ketika inilah segala kebaikan dan kebobrokan ayau serta ibu akan mempengaruhi pembentukan sahsiah mereka. Pepatah Arab menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa umpama mengukir di atas air. Orang tua² ada berkata, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Oleh itu ibu bapa hendaklah:

  1. Menanamkan asas-asas keimanan
  2. Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
  3. Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.
  4. Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.
  5. Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.
  6. Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.
  7. Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.
  8. Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.
  9. Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.
  10. Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.
  11. Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.
  12. Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.

Ketika berumur 14 -21 tahun
Jika peringkat sebelumnya kita layan anak dengan penekanan disiplin yang agak keras dan tanpa kompromi, pada peringkat ini hendaklah kita berlaku rasional kepada mereka. Ini adalah peringkat remaja dimana mereka semua akan memberontak jika dimarahi dan dipukul. jadikanlah mereka sahabat untuk dibawa berbincang tentang masalah dan hobi mereka. Remaja harus diberi pengenalan tentang ilmu islam seperti syariah, aqidah dan fekah secara terperinci.

Dewasa ini, ibu dan bapa menyerahkan secara bulat-bulat tanggungjawab mereka ke sekolah. Ini adalah satu kesilapan yang besar. Sekolah tidak dapat mengajar mereka tentang tanggungjawab dan nilai² bersama. Ibu dan bapalah yang paling dekat dengan mereka untuk mengajarkan nilai yang baik kepada mereka.

Peringkat remaja adalah yang paling penting sekali kerana inilah ketikanya mereka membentuk jatidiri dan sahsiah mereka. Baik dan buruk mereka ditentukan pada waktu ini.

21 tahun ke atas
Nantilah saya update… Malas nak pikir

 

Sumber : Pendidikan Anak dalam Islam oleh Syaikh Y?suf Muhammad al-Hasan