Cyanogenmod 7.1 untuk HTC Desire Z

Puan isteri selalu komplen bahawa HTC Desire Z nya selalu Force Close sana sini dan hang sana sini. Mungkin Stock ROM Gingerbreadnya tak berapa betul atau banyak masalah. Biasalah, bug la kot.

Maka saya kata kepadanya… buang je Stock ROM tuh, install Custom Rom : CyanogenMod 7.1. Pedulikan waranty dan semua perkara yang menjengkelkan itu. Buat dengan betul InsyaAllah akan berjaya. Kalau brick… belila baru. huhuhu.

Maka disini saya akan bercerita caranya untuk install CyanogenMod 7.1 pada HTC yang memang sangat merumitkan.

Perkara pokok yang kita kena tahu adalah

  1. Current Stock ROM tak boleh di root
  2. Wajib tukar S-On kepada S-Off

OTA (Over the Air) Update HTC yang terbaru telah menyebabkan setiap Device HTC di aktifkan kan sekuritynya (S-On), di mana ianya telah menyebabkan sebarang usaha untuk root, install custom rom dan sebagainya menjadi rumit. Di tambah lagi dengan carrier lock. Leceh sungguh perjalanan ke CyanogenMod 7.1 untuk pengguna HP HTC.

1. Current Stock ROM tak boleh di root
Seperti yang kita sedia maklum, tiada sebarang jalan untuk dapatkan root access dan S-Off dengan Stock ROM yang terkini. Melainkan dengan cara donwgrade ke ROM yang terdahulu iaitu Froyo version 1.34.405.5. Mana² software HTC yang mempunyai version no. lebih dari 1.34.405.5 haruslah di downgradekan untuk mencapai root access dan S-Off.

2. Tukar S-On kepada S-Off
Entah apa tujuan HTC menyusahkan pengguna² Telefon HTC dengan mengaktifkan Security yang ini, tidaklah hamba dapat menjawabnya. Apa yang wajib kita ketahui adalah kita harus tukar S-on ke S-Off untuk downgrade ke ROM yang boleh dieksploit.

Tools yang wajib ada pada kita adalah:

  1. Android SDK
  2. Java Development Kit (JDK)
  3. Hati yang cekal
  4. dan keberanian untuk mencuba

Untuk mengetahui cara² install Android SDK, sila lawati laman ini : http://wiki.cyanogenmod.com/wiki/Howto:_Install_the_Android_SDK

Setelah itu kita boleh teruskan usaha kita untuk perkara berikutnya: Downgrade ke Exploitable ROM. Baca dan follow satu persatu arahan dengan betul. Sila fahami dgn betul: http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1178912

Seterusnya kita akan Root dan tukar S-On ke S-Off : Follow link ini: http://wiki.cyanogenmod.com/wiki/HTC_Desire_Z:_Rooting

Bila dah selesai… Ikut suka lah nak install ROM apa pun. Tapi untuk perkara ini, kita akan install Cyanogen 7.1. Ikut laman ini : http://wiki.cyanogenmod.com/wiki/HTC_Vision:_CyanogenMod

Selesai. Dan Selamat Maju jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.