Warden Saiko…

Terbaca berita tentang Warden yang mempunyai hati dubuk. Memukul Budak Sekolah (Darjah 1) sehingga menemui ajal. Apa gila warden ni, memukul anak kecil itu sehingga mati… Dengar cerita kerana mangsa tidak mahu mengaku mencuri. Sungguhpun begitu, bukankah itu sudah melampaui batas… memukul sehingga mati.

Polis kata nak dakwa dia mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. Tapi saya rasa… dan pastinya kebanyakan masyarakat Malaysia bersetuju kiranya bangsat ini di dakwa dibawah Akta 302 (Hukuman Mati Mandatori).

Siap ikat mangsa dan paksa mengaku kesalahan. Polis pun tak sekejam itu (Itu pun dengar² cerita tentang polis seksa suspek supaya ngaku kesalahan… ntah betol ke tidak). Mangsa seorang anak yatim… umur 7 tahun… takde otak punya warden.

Susu satu Tangki rosak disebabkan nila secawan… betol punya jahat la Warden neh.

One thought on “Warden Saiko…

  1. legend April 5, 2011 / 9:26 AM

    kuwang ajaq warden tu… elok dia kena ikat, pastu belasah balek dengan bubuh semut gatai hehehheheehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.