Ana Raffali Menang. PERIOD

Salam dan Sejahtera

Semenjak Ana Raffali menang AJL dan sekaligus menjadi sedikit kaya dgn wang RM35k, ada saja suara² yang tak berapa nak suka dia menang. Apa lah yang diorang semua tahu dan macam tahu yang bisa memperlekehkan kemenagan Ana Raffali. Pasti mereka semua mempunya degree di dalam Bidang Musik atau kemungkinan kaki nyalak itu semua mempunya Master Degree dalam Musik dari Uni. Berkeley, Boston.

Kalau setakat lagu yang sedap di dengar menjadi faktor kemenangan anda semua silap. Bukan senang nak jadi Juri atau Hakim menilai sesebuah lagu itu. Saya pasti, Encik Nasir ada beberapa sebab untuk memilih Cik Ana Raffali sebagai pemenang. Tak usah lah nak jadi pandai² atau eksyen² kerana penyayi harapan anda semua tidak menang.

Kesemua lagu yang dipertandingkan semuanya bagus dan berkualiti. Namun, mungkin faktor maksud lirik atau seni-kata itu yang menjadi asas kemenangan. Mungkin kalau Datuk Siti masuk bertanding, dia akan menang. Dan seperti biasa, adalah suara² kambing di belakang sana yang akan membantah kemenangan. Ini semua adalah sandiwara dunia, biasa berlaku apabila ada saja yang tak berapa nak setuju.

Biarlah dia menang, sudah menjadi hak dia menjadi Pemenang di AJL25 itu.

p/s – Berhentilah daripada menjadi kambing. Jadilah manusia yang makan kambing itu!!!

2 thoughts on “Ana Raffali Menang. PERIOD

  1. maria January 13, 2011 / 12:53 PM

    lepas tau Ana Raffali ni menang AJL baru saya tau kehadiran dia dlm industri muzik tanahair.. pastu baru perasan lagu dia.. ok, takdelah teruk pun..

  2. legend January 13, 2011 / 9:28 AM

    ya, kita pi balek kepada juara lagu 94 yang mana pemenangnya adalah M. Nasir.. semua kategori dia menang.. Padahal dia perform tadak prop apa langsung, pakai seluaq dan baju itam saja..

    Tiba-tiba diumumkan persembahan terbaik dan lagu terbaik, juara lagu pop rock, … Tanya Sama itu hud-hud dari album Canggung Mendonan (1993).

    Tahniah M Nasir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.