Arnab itu sudah mati…

Salam kepada semua umat manusia. Semoga Tuhan memberkati kamu semua.

Adapun pada hari ini, isteriku telah mengalami suatu keadaan yang pelik di mana, beliau berasa pening2 dan tension2. Muntah2 katanya di dalam SMS tadi. Saya bilang kepadanya agar mengambil MC kerana elok untuk dia berehat di rumah.

Namun balasnya, nanti dirumah nangis sorang2. OOOoooOOO begitukah? Saya mana tahu hal2 wanita ini. Isteri saya menggagahkan dirinya untuk pergi ke klinik untuk berjumpa doktor. Kasihan dia kerana lama menunggu di Klinik. Ramai pula manusia di kala itu. Setiap isteri adalah manusia yang bersemangat waja. Kami orang2 lelaki tidak ada kesanggupan begitu. /salute

Isteriku memberitahu berita gumbira kepadaku “B, ayang dah nampak dah. Kecil je. 0.42 cm”. Haha. Seronot sungguh rasa di dalam hati. Patutlah saya asyik moody pada waktu tengah-hari. Membawa la ni kalau ikut kata orang2 tua. Due date (Dgn Izin Allah) adalah pada 6-OCT-2010. Ikut katanya, sudah berumur 6 minggu 1 hari. Haha. Made in Penang la dey.

Ku pohon kepadaMu Tuhanku, kurniakan kepadaku anak2 yang Soleh. Tidak kira lelaki atau perempuan. Ku pinta agar anak2 ku adalah dari golongan yang baik perketinya dan sihat tubuh badannya. Ameen.

2 thoughts on “Arnab itu sudah mati…

  1. jefrydin February 17, 2010 / 1:15 PM

    hahahah, arnab sudah mati ya?
    hehehehe, tahniah sharpshooter, memang berjaya dan terus mara dengan askar yang tinggal itu.

    maka, di harap abg munawar akan terus bersabar dan tenang.

  2. mommy of 2 February 12, 2010 / 8:16 AM

    🙂 mana tau sama ngan birthdate maryam.. dia made in january.. hehe

Leave a Reply to jefrydin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.