Kematian…

Sejahtera

Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap yang elok pasti akan rosak. Setiap yang sihat pasti akan sakit. Sudah menjadi lumrah alam. Tiada yang kekal dan tiada yang selamanya sihat. Manusia pasti akan menemui ajalnya. Tidak ada satu manusia dan hidupan bisa escape daripada ketentuan ini.

Pada Rabu yang lalu, kira-kira jam 5.30 pagi, saya telah kehilangan seorang ahli keluarga. Kakak sulung kepada is Father, Tuan Mejar (B) Mohmad Anuar. Adapun Arwah meninggal akibat daripada kegagalan fungsi hati. Dalam bahasa ibunda saya “Liver Failure with Hepatocellular Carcinoma”. Saya pun tidak tahu apa itu. Secara amnya kanker hati.

Lazimnya, apabila kematian berlaku, seluruh ahli keluarga akan berkumpul secara 100%. Yang jarang-jarang balik pon akan muncul tanpa sebarang kompromi. Kebaikan daripada kecelakaan. Saya sendiri jarang2 balik ke Alor Setar ini. Ialah, jauh dan makan belanja yang besar. Namun, apabila berlaku kematian, sakit masuk Wad atau sebagainya, itu semua bukan alasan. Kali terakhir saya bertemu dengan Arwah adalah semama Nenda saya masuk ICU. Sekiranya saya gagal untuk balik pada waktu tersebut mungkin saya kan merasa sedikit ralat.

Sila-silalah selalu hadir pada mana2 majlis yang dianjurkan oleh ahli keluarga anda. Mungkin itu adalah yang terakhir.

Salam Sejahtera

One thought on “Kematian…

  1. legend May 26, 2009 / 4:38 PM

    patutlah hang balek kedah ari tu, rupanya ada passed away person.

    condolence from the legend co ltd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.