The Xiaomi Electric Precision Screwdriver adalah sebuah tool untuk DIY yang simple dan mudah. Ini bukan cerita atau tulisan mengenai menCINAkan peralatan rumah. Jika boleh memang nak tukar semua produck Korea seperti Coway dengan produk daripada China, bagus dan mudah. Fed up aku dengan barang-barang dari Korea.

Baiklah, mari kita kembali kepada cerita kita pada hari ini, iaitu ScrewDrebar Xiaomi yang kecil tapi power. Memang direka khusus untuk tinkerer dan mereka yang suka DIY atau yang suka membazir macam saya. Saya ada pelbagai Precision Screwdriver, seperti ifixit, dan juga yang paling murah dari kedai DIY.
Berbeza dengan ifixit, produk dari Xiaomi ini betul-betul hanya mengenai Screwdriver tanpa apa-apa prying tools untuk buka barangan eletronik. Dan ia adalah sejenis Torque Screw. Elektronik saudara dan saya dah test, Ia sangat kuat walaupun saiznya kecil. Boleh ketatkan screw dan buka screw yang degil tanpa masalah.
First Impression: Minimalist & Premium Feel
Serious Cakap… Xiaomi memang tak pernah lari dari design clean. Badan pemutar skru ni solid, kemas, dan ada rasa premium. Aluminium alloy body dia memang bagi vibe “serious tool”, bukan main‑main. Bila pegang, grip dia selesa. Tak licin, tak bulky. Just nice untuk kerja halus.
Performance: Small Tool, Serious Precision
Ini bahagian paling penting. Xiaomi bagi dua torque mode:
- 0.05 Nm — untuk kerja super halus (jam tangan, spectacles, smartphone)
- 0.2 Nm — untuk gadget yang sikit besar (laptop, speaker, toys)
Torque dia memang cukup untuk precision work. Tak terlalu kuat sampai rosakkan screw, tak terlalu lemah sampai tak jalan. Smooth, senyap, dan responsive.
Jangan la salah guna mode, nanti rusak atau pecah… kena hati2 la sedikit. Jika risau… manual mode pun ada!!! bila off, kau boleh twist macam screwdriver biasa. Nice touch.
Battery & Charging: USB‑C, Senang Hidup
Yes, USB‑C. Tak payah cari kabel pelik dan boleh je korang guna kabel korang yg sedia ada tu. Untuk makluman semua, Xiaomi juga buat banyak safety test untuk bateri seperti overcharge, overcurrent, overheating protection semua ada. Sesuai untuk tool yang mungkin duduk lama dalam drawer sebelum digunakan.
Bit-bit Screw: S2 Steel, 24 Pilihan
Produk ini ada pilihan 24 jenis screw untuk pelbagai kegunaan. Diperbuat daripada material S2 steel, keras, tahan lama, dan tak cepat haus.

Real User Reviews: Ringkas Tapi Semua Puji
Dari halaman Xiaomi Malaysia, semua 11 review bagi 5 bintang penuh (setakat pada hari ini, 5 March 2026). Antara komen pengguna (Soalan: Tahu atau tidak beza pengguna dengan pelanggan?)
- “Convenient to use and very portable.”
- “Works perfectly.”
- “Great product designs… simple to use.”
- “Fast delivery, great value, work like a charm.”
- “It has 24 steel bits to meet my different needs… Type‑C charging absolutely convenient.”
Walaupun review pendek‑pendek, tone dia semua positif. Tak ada 1‑star langsung. Memang pandai kedai dari China ni membeli jiwa masyarakat.
Kelebihan dan Kekurangan: Ini bukan Tuhan untuk semua tiptop
Dah nama pon review, kena lah ada part ni, yang baik dan yang buruk dan siapa patut ada benda ini.
Yang Baik untuk Produk Ini
- Design premium, ringan, senang pegang
- Torque sesuai untuk kerja halus
- USB‑C charging
- 24 bits yang berkualiti
- Semua review 5‑star (ini RARE)
Yang Mungkin boleh ditambah-baik
- Tiada LED light (kadang‑kadang useful untuk ruang sempit)
- Torque tak boleh custom (fixed 2 levels)
- Storage case boleh jadi lebih compact
Siapa patut ada benda ini
Xiaomi Electric Precision Screwdriver ni memang sesuai untuk:
- Tech tinkerers atau geng pasang PC sendiri
- Gamers yang suka buka controller / console
- Parents yang selalu kena tighten screw mainan
- Orang berkaca mata
- Sesiapa yang suka barang kecil tapi power
Senang cerita: kecil, kemas, dan memang berguna.
Final Thoughts
Xiaomi Electric Precision Screwdriver bukan tool yang akan ubah hidup kau secara dramatik. Tapi dia akan jadi benda yang kau capai apabila….
- Bila nak buka laptop.
- Bila nak tighten hinge pintu kabinet.
- Bila anak minta tolong repair mainan.
And slowly, without drama, it earns its place on your desk. Kadang kadang, the best tools are the ones that don’t shout.
They just work.
Dengan harga RM129, ini antara precision screwdriver paling value di pasaran. Kalau kau jenis suka DIY, buka gadget, atau at least nak ada tool yang tak buat kau sakit hati bila screw kecil jatuh, this is a solid pick.
TokMun kasi 5 bintang untuk benda ni.