Air Coway, Influencer & Ikan Dalam Air Mineral

Salam Hari Khamis Warga Dunia, Salam dari Munmon, serorang Gamer dan bukannya doktor, tapi tahu beza air paip dengan air laut.

Baru-baru ni, kecoh satu Malaysia. Ada influencer tampil berkongsi pendapat, katanya, air RO ni tak bagus. Katanya lagi, “air mineral lagi elok, sebab ada kandungan semula jadi, bukan air kosong yang dah dibuang segalanya.

Hmm.

Maka bermulalah debat meja makan:
“Eh, kau pakai Coway ke Cuckoo?”
“Eh, tu air RO, tak elok minum selalu!”
“Eh, betul ke air RO hisap mineral dalam badan?”

Bila “Sharing” Melebihi Fakta

Kita hidup dalam zaman di mana influencer boleh jadi pakar pemakanan semalaman, hanya kerana ada cincin oksimeter dan filter kamera yang power. Tapi malangnya, filter tak boleh tapis maklumat mengelirukan.

Air RO (Reverse Osmosis) adalah teknologi penapisan yang sangat berkesan. Ia tapis bahan kimia, logam berat, dan juga mineral semula jadi. Jadi memang benar, memang tinggal air “kosong” yang sangat bersih.

Adakah ini satu masalah kepada kita pengguna Air RO ini? Tidak. Wajib ke semua orang minum RO? Itu pun juga tidak.

Siapa Perlukan Air RO?

Soalnya sekarang, siapa yang patut ada Water Filter, tak kisah jenama K-Pop ke, jenama Jarman ka, jenama apa² pon. Berikut adalah antara sebab kenapa mesin air itu dipasang di dalam rumah.

  • Kalau rumah anda dekat kawasan air berbau, atau penuh klorin, atau tinggal di kawasan air keras (hard water, macam dekat Perlis) RO sangat membantu. Influencer² ni kena banyak membaca. Hard Water pon belum tentu dia tahu bendalah apa tu. Korang ada tgk orang Perlis minum air direct dari paip? Sebab air dekat sana sangat tinggi kandungan mineral dia sampai. Keras kejung nanti badan penuh dengan magensium dan kalsium.
  • Orang yang ada masalah pinggang, renal disease mmg kena minum RO atau drinking water. Sebab depa ni ada masalah diet, tak boleh ada banyak mineral kerana tidak ada kemampuan menapis. Jadinya RO sangatlah sesuai untuk golongan ini.
  • Atau memang you guys suka air yang puteh dan bersih, maknya RO water la. Sedapnya wooo minum sejuk².

Jadinya, disebabkan RO water tu takde mineral gantilah dari sumber lain macam sayur ke, buah ke (bukan durian ye saudara). Kena pulak ko mmg bangsa makan ramen segera, mee segera atau apa yang segara secara istiqomah, RO water memang tak baik untuk anda. So minum lah RO, tapi make sure hampa dapatkan mineral dari sumber yang lain, bukan dari air mineral sahaja… sebab….

Air Mineral vs Air RO?

Yes, air mineral ada kalsium, magnesium dan mineral lain, namun kandungan mineralnya adalah di dalam jumlah yang sangat kecil. Untuk dapat mineral secukupnya daripada air mineral, anda mungkin kena minum satu kolam sehari.

Makanya kenyataan “lebih baik air mineral daripada air RO” hmm… mungkin sesuai untuk kapsyen Instagram, video TikTok atau Status Facebook, tapi tak berapa sesuai untuk fakta kesihatan. Sebabnya tak benar pon.

Sebagai Rumusannya

Kita boleh pilih minum air mineral, air RO, air masak, air kelapa atau air MILO… semua ok. Tapi janganlah panik hanya kerana satu video viral. Kalau betul risau sangat, boleh rujuk pakar kesihatan dan bukannya pakar konten.

Lagi satu sedara, Kalau nak jadi sihat, jangan harap pada jenis air saja. Tak cukup. Makan seimbang.
Dan tolonglah, jangan percaya semua benda yang keluar dari mulut orang famous. Famous ya, tak cerdik pun ya. So korang pikir²lah sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.