Saya letak jawatan sebagai Librarian di OUM

Sebenarnya berat rasanya untuk meninggalkan Open University Malaysia dan juga anak² angkat (servers) saya di sini. OUM Digital Library dan saya dah macam sebati dan serasi dengan saya. Namun apakan daya, faktor ekonomi dan juga untuk keselesaan anak² dan isteri, saya harus melakukan apa yang perlu. InsyaAllah rezki saya akan bertambah² di tempat yang baharu.

Saya mula bekerja di Open University Malaysia pada tanggal 4-February-2008, pada ketika itu saya masih lagi bujang dan masih rilek². Apa ada hal. Hidup sorang kisah apa ye dak? Waktu apply dan dan diterima bekerja di OUM, saya tidak mempunyai apa² matlamat atau tak kisah dgn apa² JD yang akan diberikan. Katalog boleh, Perolehan pon boleh. Pendek kata mana² JD pon ta kisah punya. Janji ada kerja ada gaji.

Tapi waktu masuk OUM, pada ketika itu portal library tidak berapa nak umphhh. WebMaster pon tada. Kalau ada pun, dengar khabar hari ni minta… 2 minggu belum tentu siap. (Ini orang la cerita… aku quote je. Sapa cakap tak payah la tanya). So, 1st thing aku buat waktu masuk kerja ialah offer diri untuk redesign dan remake portal library. Maka jadilah macam ini:

Gambar yang asal tak jumpa pula. Kalau ada nanti saya update. Dari portal library yang hanya HTML based sehinggalah dapat run PHP punya script. Dari tidak ada control kepada server sehinggalah dapat akses kepada server dan jadi root user lagi. Dari server lama sehinggalah bertukar kepada server yang baharu. OUM Digital Library jaga 5 servers tanpa menyusahkan geng² ICT. Waktu awal² je la depa susah. Dah siap kami tak susahkan hampa lagi.

Sehinggalah OUM Digital Library implemen Drupal sebagai CMS dan Authentication systemnya. Hahahaha. Ini Library punya Projek. Selamba ja pulun dan implemen. Dari BETA sampailah guna pakai sebagai portal utama OUM Digital Library. Ginilah rupanya sekarang:

Ini adalah portal utama Perpustakaan Digital Open Uni. Malaysia. Pendek kata dari A sampai Z semuanya ada disini. Listing Database, User Authentication, Enhanced Catalog, Past Year Question Papers dan macam-macam lagi lah. Ini kira library punya Core System la.

Begitulah adanya contribution saya di Open University Malaysia. Dengan bantuan dan kerjasama ramai pihak terutamanya pihak ICT dan sokongan moral rakan-rakan sejawat dan boss-boss. Pelbagai perkara bisa saya lakukan. Berkerja secara solo tapi bertindak sebagai sebuah pasukan. Begitulah serba sedikit kisahnya saya di Open University Malaysia.

Resignation letter bertarikh 4-July-2013 telah saya hantar dan tandatangani dan secara umumnya saya dah boleh duduk rumah habiskan cuti. Tapi kena siapkan dahulu kerja2 sebelum boleh buat begitu. Tanggal 1 August tahun 2013 saya akan join team yang baharu di Petronas Resouce Centre. Di sana cabaran yang baru akan bermula. InsyaAllah tiada masalah.