Adam’s 1st & 2nd Barber Haircut

This was Adam’s 1st Haircut, taken 1 year ago. Nak marah ja. So Abie dia could not go anywhere. Kena duduk tepi dan assist the barber. Nasib baik dengar kata, kalau tidak. Pasti susah. Actually, kalau susah sangat, I did cakap sama barber… “Kasi Botak!”. Nasib baik tidak menjadi kenyataan. Pasti Cik Puan bising nanti.

Below was his second visit to barber’s. Yang ini happy sikit. Tiada marah dan suka hati. Mudah yang ini.

Adam dan Pewarna Makanan

Suatu hari sedang sang isteri sibuk2 di dapur dan saya sibuk2 di depan TV, tiba2 kedengaran Cik Puan Isteri menjerit di dapur. Jeng jeng jeng…. Inilah sebabnya:

Rupa-rupanya si Adam telah menumpahkan pewarna makanan. Dan inilah rupanya:

Begitulah kisahnya sekiranya anda semua mempunyai anak2 kecil. Terutamanya yang lelaki. Cukup aktif dan sangat banyak akal. Hendaklah kita bersabar kerana berkelakuan seperti ini dan nakal adalah lebih baik daripada kanak-kanak yang mandom dan diam. Itu ada masalah namanya.

Sara dan Adam

Sara dan Adam (5 Tahun & 4 Tahun)

Ini budak² mempunyai sedikit sebanyak perwatakan kami berdua. Dari style tidur sampailah ke bilik air. Orang tengok mesti tahu bahawa mereka adalah anak² Munawar. Mengadanya, merajuknya, korek hidung, banyak cakap dan macam2 lagi. Nak marah pon ada, tapi nak buat macam mana, dah budak² memang macam tuh. Kenakalan persis bapanya (kata orang² yang pernah menjaga saya), roda dunia pusing balik pulang kembali kepada saya. Nah rasakan Munawar, dahulu hang Champion, la hang mangsa buli anak².

Terima kasih ya-Rahman. Bersyukur akan aku ke-atas anugerah Mu ini.