Ada benarnya… Keluarga itu yg utama

Setelah selesai sibuk² di opis, akan datang pula sibuk² di rumah. Dan kesibukan di rumah itu adalah lebih elok diberi perhatian utama kerana disitulah bermulanya segala yang baik dan buruk. Kalau buruk mulanya dari rumah maka buruklah segalanya serba dan serbi dan begitulah sebaliknya. Pendek kata… di rumahlah segala kebaikan bermula. Oleh itu, haruslah kita memberi perhatian yang lebih dirumah.

“…a man who doesn’t spend time with his family can never be a real man.” — Don Vito Corleone

Ada benarnya bukan? Tidak lengkaplah kelakian seseorang itu sekiranya membiarkan keluarganya terabai. Kerjalah sesibuk manapun, kerjalah serajin manapun. Abaikan keluarga… maka porak lah poranda kehidupan anda. Keluarga dan anak-anak serta isteri atau isteri² adalah yang utama. Don Vito Corleone membenarkan apa yang disabdakan oleh junjungan kita:

Neglecting one’s own dependents is a reason enough for a man to commit a sin — Abu Dawud [Book 1, Hadith 294] atau
Melayunya: Cukup berdosa orang yang menyia-nyiakan tanggungjawab keluarga.

Maka ada benarnya bukan kata² junjungan kita? Maka sila lah utamakan keluarga daripada Kerja. Duduk rumah main game lebih elok dari sibuk2 kerja melainkan kerana terpaksa, itu pun sekali sekala sahaja ok.

Thumbnail untuk PSD di Explorer Windows 7

Pffftttt. Photoshop yang baharu ini tidak mempunyai Thumbnail display di Explorer. Satu permasalahan yang sangat menyakitkan hati dan mengarut. Elok sahaja dahulu kala ada Thumbnail untuk PSD, namun tidak lagi sekarang.

Selidik punya selidik, maka terjumpalah akan Hamba mengenai hal ini di Forum Komuniti Microsoft dan saya quote

In the latest versions of Adobe Photoshop with the inclusion of Adobe Bridge the thumbnail view of PSD files within the windows explorer is no more present. I would suggest you to refer to the below link and check if this helps-

http://social.answers.microsoft.com/Forums/en-US/w7pictures/thread/c898697e-3cca-41fc-b273-576042a904b1

It seems that you may use some codec and install it on your computer to help you view the thumbnails in Windows Explorer. Explorer is able to show thumbnails for those files when the corresponding codec is installed.

With more research I have found that there is no publicly available codec for the Photoshop PSD format but the newly released Microsoft Expression Blend 3 design tool (which, by the way, is nothing short of amazing for WPF and Silverlight design) includes such a codec so installing Blend 3 automatically installs the PSD codec. You may try installing the codec and check if this helps.

Source: http://answers.microsoft.com/en-us/windows/forum/windows_7-pictures/photoshop-elements-psd-files-wont-display-in-my/60756f51-20fd-46f3-9cf1-1c7d6ebc898c?tm=1359164954406

Rupanya, kerana masalah codec. Dari bacaan, terdapat banyak tundingan jari yang berlaku. Ada kata Microsoft salah dan ada juga yang kata Adobe salah. Tidak tahu siapa yang patut dimaki, Microsoft atau Adobe… tapi gerak hati lebih cenderung untuk mengatakan bahawa Adobe yang patut dipersalahkan. Ini program dia, patutnya Adobe yang lebih tahu. Dan bukan kerja Microsoft nak selitkan setiap codec yang ada dimuka bumi ini.

Siap dah jadi bisnes pulak untuk codec PSD ini. Nak Thumbnail… Bayar dan install program mereka. Hahahah. Cilaka sungguh.

Tapi sekiranya anda semua melakukan pembacaan yang teliti pada petikan diatas… maka suka saya menyatakan bahawa dengan melakukan installation untuk sebuah progam yang dipanggil Microsoft Expression Blend 3 (trial… benar trial sahaja), secara otomatik codec untuk PSD akan di install bersama secara percuma dan boleh dipercayai tanpa keraguan yang berpanjangan.

Tak perlu belanja satu sen pun untuk mendapatkan kembali Thumbnail untuk setiap file PSD.

Pesanan : Mungkin boleh digunapakai untuk Windows 8 dan XP

Sara dan Adam

[img_assist|nid=4818|title=|desc=|link=node|align=none|width=500|height=336]

Ini budak² mempunyai sedikit sebanyak perwatakan kami berdua. Dari style tidur sampailah ke bilik air. Orang tengok mesti tahu bahawa mereka adalah anak² Munawar. Mengadanya, merajuknya, korek hidung, banyak cakap dan macam2 lagi. Nak marah pon ada, tapi nak buat macam mana, dah budak² memang macam tuh. Kenakalan persis bapanya (kata orang² yang pernah menjaga saya), roda dunia pusing balik pulang kembali kepada saya. Nah rasakan Munawar, dahulu hang Champion, la hang mangsa buli anak².

Terima kasih ya-Rahman. Bersyukur akan aku ke-atas anugerah Mu ini.