Last Day di Open University Malaysia

Hari ini adalah hari terakhir saya di Open University Malaysia sebagai seorang Senior Librarian di Unit Automasi (org kampung saya kata: System Librarian). Dalam tak sedar, rupanya tanggal 1 August 2012 saya telah dinaikkan pangkat dari seorang Librarian ke Senior Librarian. (kiranya macam S41 jadi S44. Ini Gomen pahamla). Kebetulan pula 1 August 2013 saya akan sertai Petronas sebagai Librarian juga di PETT, Tower 1, Level 4, PRC. Takde la tinggi-tinggi gunung Kinabalu, tapi ok la tuh. Ini kira ultimate punya tukar kerja.

Yea. Naik Pangkat di OUM telah memberi suntikan motivasi untuk memberikan yang terbaik lagi kepada OUM. Habis macam2 diperah untuk kemudahan Staff di Perpustakaan Digital OUM. Dalam erti kata lain, reward atau anugerah bisa memberikan seseorang semangat yang positif. Jom kita review apa yang telah saya buat di OUM sepanjang tahun sebagai Senior Librarian.

Post this book to my Learning Centre
Satu Pinjaman Antara Perpustakaan automatik bagi pelajar yang jauh. Fungsi ini akan memudahkan permintaan untuk buku fizikal daripada pelajar-pelajar yang jauh (di luar Lembah Klang).

Library Enhance Catalog
Katalog perpustakaan yang berasaskan CMS Drupal yang bertindak sebagai penambahbaikan  kepada katalog klasik.

UniSearch Discovery Service
Merupakan egen pencarian yang berupaya untuk membuat pencarian kepada semua pangkalan data dan Katalog Perpustakaan secara serentak.

Library Ticketing System   
Satu sistem pengesanan aduan pelanggan. Menyediakan kemudahan pengesanan untuk setiap masalah yang dilaporkan.

Request for Article Link in UniSearch Discovery Service
Merupakan satu pautan yang hanya akan muncul apabila Full Text artikel tidak wujud atau akses kepada teks penuh adalah terhad. Pautan tersebut secara otomatik akan mengisi maklumat bahan dalam borang permohonan Pembekalan Dokumen. Jadi… ianya lebih mudah dan pantas.

DDS Delivery Service
Sistem ini dibina untuk menyimpan artikel-artikel yang pernah dipohon oleh pelajar sebelum ini untuk kegunaan masa hadapan.

Projek QR Code Perpustakaan Digital TSDAS
Projek QRCode berfungsi memberi kemudahan kepada pengguna perpustakaan untuk mengakses maklumat atau link yang diperlukan & seterusnya menyimpan link/QR-Code tersebut untuk kegunaan masa hadapan tanpa perlu menaip semula URL tersebut. Teknologi ini  menggalakkan penggunaan mobile devices kepada pengguna perpustakaan.

Cuma satu saja yang tak sempat dilaksanakan… iaitu migrate Library System Virtua VTLS ke Chamo VTLS. Tak apalah, kita kasi System Librarian yang baharu di OUM laksanakan yang itu. Pasti boleh punya.

Okeylah… Tepat jam 5.23PM saya, Ahmad Munawar MA telah berhenti dari Open University Malaysia untuk memberikan yang terbaik kepada Organisasi Impian saya semenjak di Perdana Leadership Foundation lagi, Petronas.

 

Terima Kasih OUM dan semua staff dan juga semua boss serta mantan boss

2 thoughts on “Last Day di Open University Malaysia

  1. kawan amroth August 6, 2013 / 11:27 AM

    Nanti lepas raya bulehlah cherita plak pasai suasana kat Level 4, Tower 1 na.

  2. kawan amroth August 5, 2013 / 9:40 AM

    kelas la hang, ni yang dikatakakan enhancement makes perfect.
    di KLCC, ianya mungkin menjadi impian setiap manusia untuk berkhidmat di sana, itulah yang dilalui oleh amroth semasa tahun 2003 lagi, takda kesempatan nak join, maka beliau ke Putrajaya, dan kemudia ke Jalan Tun Ismail, KL dan akhernya berjaya juga menjadi tenaga kerja di salah sebuah syarikat terkemuka di Malaysia, Petroliam Nasional Berhad.

    Tahniah amroth… ini rejeki han dan keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.