30+30+30 = 90 saat!!!

30 + 30 + 30 = 90. Itulah perkisahannya pada hari ini. Setelah tidak beberapa nak berjaya flash router lama saya dgn DD-WRT, maka teringatlah akan saya tentang 30+30+30 ini. Itulah dia kepentingan berguru dengan orang² yang lebih bijak dari kita. Iya benar… Mungkin kita rasa kita bijak. Tapi… hendaklah kita ingat sebijak mana pun kita. Sayugia kita sedar ada yang lebih bijak dari kita. Kebijaksanaan seseorang tidak terletak kepada ijazah atau skroll yang disandang, akan tetapi kebijaksanaan itu terletak kepada yang empunya diri. Ini perkara benar, saya ada kawan yang tidak ada ijazah… tapi dia punya gaji dan pendapatannya lebih dari saya.

Baik kita terus kepada cerita kita yang asal iaitu 30+30+30. Pada setiap router samada ADSL router atau mana2 jenis router pastinya terdapat butang reset di dalam pelbagai bentuk. Butang ini bisa mengembalikan router tersebut kepada default settings persis router yang baharu keluar dari kilang dan bebas dari apa² settings yang pernah dibuat.

Selalunya butang ini digunakan apabila pengguna

  1. Terlupa kata laluan router
  2. Router menjadi tak betul
  3. Saja nak reset sebab nak jual
  4. Saja nak reset sebab suka²

Namun kadang² butang reset tersebut tidak memberi apa² kesan kerana tekan tak cukup lama atau punca masalah yang memerlukan butang reset ditekan lama sedikit dan macam² hal lagi. Di dalam Dunia IT, Network adalah yang paling majik sekali. Macam² hal yang pelik² kebanyakan berasal dari Network.

Oleh kerana tekan sekejap tidak memberi kesan, maka Dewa² network telah menggariskan satu panduan apabila kita nak Har Reset Router kita. Dari sinilah lahirnya 30+30+30 ini.

30 Saat yang Pertama
Di saat router tersebut masih bernyawa dan mempunyai aliran elektron eletrik (ketika masih switch on), butang reset itu ditekan selama 30 saat.

30 Saat yang ke-Dua
Kemudian apabila sudah lengkap 30 Saat yang pertama tadi, kita tutup suis punca router sambil menekan butang reset itu selama 30 saat.

30 Saat yang Terakhir
Apabila sudah lengkap kitaran yang kedua, kita mulai dengan 30 saat yang terakhir dengan membuka kembali suis router tersebut dimana butang reset masih lagi ditekan.

Pendek kata selama 90 saat, butang reset itu ditekan. Memang nampak mengarut tapi itulah majik dia. Akhirnya saya berjaya instal DD-WRT di router TP-LINK TL-MR3420.

Maka itulah dia 30+30+30 = 90 saat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.