Bakar lagi… Bakar sampai hangus.

by munmon | January 9th, 2010

Bodoh serta dungu. Tak sekolah atau memang tak pandai pikir. Mungkin juga tidak kenal diri sendiri. Patutlah kafir-kafir itu kata Islam adalah terror. Perkara yang tidak baik itulah akan dikenang orang sampai bila-bila. Perkara yang busuk itulah yang akan membayangi kita.

Tuhan larang kita runtuhkan rumah-rumah ibadat di kala perang, ini pula ketika aman dan damai. Yang jahat itu bukan Islam, Yang keji itu bukan Islam; Tetapi segelintir daripada penganutnya. Sungguhpun demikian, kerana nila setitik rusak susu sebelanga.

Cuba pikir perasaan kapir-kapir tersebut apabila rumah sembahyang mereka kena bakar. Cuba kita pula yang berada di tempat mereka. Dah tentu kita mengamuk. Perbuatan seperti ini langsung tidak membantu di dalam kemelut ini.

Related posts:

  1. Pergilah bakar sampai jahanam… (reverse psy.)
  2. Apabila yang pandai-pandai berkata2
  3. Gores dan Menang…
  4. Mari kita berjudi. Adapun judi itu adalah “HALAL”
  5. Buang ayah tepi jalan???

One Response to “Bakar lagi… Bakar sampai hangus.”

  1. ya,

    macam gereja all saints kat tepi penjara Tepen tu, naya tu..

    kita kena lihat jugak isu kepala babi tergantung kat surau, di Melaka…

    semua nie hanya sandiwara semasa pehak tertentu yang ingin menutup sesuatu isu yang sedang bergolak dan hot.

Leave a Reply

Recent Posts

Categories