10% di UiTM???

by munmon | August 14th, 2008

Sejahtera dan Selamat Petang

Adapun baru-baru ini kecoh tentang perihal YB Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid memberi cadangan kepada UiTM untuk membuka kemasukkan sebanyak 10% kepada bukan Bumiputra. Dan semenjak hari itu kita dapat melihat hero-hero Melayu, Dewa-Dewa Melayu, Orang-Orang kuat Melayu membuat bantahan. Pelik, hanya Melayu yang saya nampak, namun bumiputra yang lain tiadalah kelihatan.

Apakah yang ditakutkan oleh Hero-Hero itu? MRSM membuka kemasukkan kepada Bukan Bumiputra tiada pula bantahan seperti ini. Kebanyakan Dewa-Dewa Melayu ini gagal untuk melihat kepada kebaikkan yang bakal terbit sekiranya golongan yang Bukan Bertaraf Bumiputra dibenarkan untuk belajar di UiTM.

Perkara pertama yang baik adalah competitive spirit dikalangan mereka. Sebagai bekas pelajar UiTM saya tahu tentang semangat persaingan di kalangan mereka. Saya pernah kantol sewaktu mengejar Degree Undang2 dan terpaksa keluar dari UiTM (ITM waktu itu). Kearana apa itu bisa berlaku? Kerana saya leka dan masih belum sedar akan kepentingan untuk belajar secara serious. Kerana apa saya tidak terfikir tentang serious? Kerana pada waktu itu saya masih dibuai mimpi bahawa Kerajaan akan membantu orang Melayu!!! Kepala Hotak Ko!! (Seperti di ucapkan oleh En. Mat Shah Ashari, popular dia ni)

Bila sudah terkena baru saya tahu. Kepentingan untuk belajar secara serious. Maka saya diberi peluang kedua dan semenjak dari Sem1 – Sem6, tidak pernah satu paper pon kantol, GPA toksah katala, tak mainla 2.50, musti mau 3.00 keatas. Kerana apa? Kerana saya sedar akan saingan yang bakal saya hadapi setelah keluar Uni. nanti.

10% bukan jumlah yang banyak. Pelajar-pelajar di UiTM bukannya semua tidak mampu untuk belajar di Universiti lain. Saja nak saving tak mahu bayar lebih macam di UPM, USM atau UM. Masuk UiTM atas tiket BumiPutra. Tak percaya? Silalah ke Kampus Utama UiTM di Shah Alam sana, dan kira pelajar yang memandu kereta-kereta Mewah. Kalau bisa bawa Merc atau Beemer, takkan la tak boleh belajar di Uni. lain. Saving punya parents.

Saya tak percaya dengan jumlah 10% ini orang-orang Melayu akan tergugat. Mungkin sebaliknya, orang-orang Melayu akan sedar bahawa mereka harus lebih kompetetif. Ali lawan Abu takde makna, ko Melayu aku Melayu. Tapi kalau Ali lawan Abu lawan pulak dgn Ah Seng dgn si Samy, mungkin ada nilai2 kompetetif antara mereka.

Yang mana lebih baik, kekal di tahap ini atau belajar untuk bersaing di antara satu sama lain agar anak bangsa Melayu akan lebih gah.

Pikir-pikir la!!!

No related posts.

4 Responses to “10% di UiTM???”

  1. salam
    saya menghormati pendirian dan pendapat tuan munmon utk membenarkan kemasukan 10% bukan bumiputera ke UiTM..

    tapi sebagai anak melayu yg prihatin terhadap status istimewa UiTM untuk orang melayu berpendapat bahawa ianya tidak wajar…

    kompetitif boleh berlaku dimana sahaja dan ianya perlu ada dalam diri seorang pelajar universiti. Tuan munmon sendiri dengan bergayanya telah memaklumkan kecemerlangan tuan walaupun tanpa bantuan saingan kompetitif daripada kaum lain di dalam UiTM..
    Berfikirlah…..

    UiTM DIHATIKU

  2. hahah… wat ever!!!

  3. aiseh bro .. belajar kat ITM dan UiTM dulu pun guna kuota .. kenapa tak masuk Uni lain bro? 10% kuota Bumi means 10,000 non bumi. Ini bukan pasal melayu sahaja bro, ini berkenaan Bumi, termasuk sabah/sarawakians. Dan diorg ni bro.. from 10% diorg akan mintak 30%, lepas tu 50%. Aiseh bro .. 10% tu starting point je ..setakat persaingan la bro.. bro dulu dalam is220 belajar dgn 100% bumi, tapi bro bila kerja dkt OUM ada terkial kial ke bro? takde kan .. maknanya bro ni still competitive la even belajar dari uni yg 100% bumi.
    Jangan la sebab bro dah grad , bro dah tak kisah fikirkan pasal generasi akan datang. Esok anak bro tak dpt masuk mana mana uni walaupun dapat 9A, bro jugak yg bising. Jangan nak cepat sangat hidup senang bro ..

  4. Ko ni bercakap pakai fakta ke pakai imiginasi? IS221 beb, IS220 tak kool langsung.

Leave a Reply

Recent Posts

Categories